Wednesday, November 30, 2011

Pakatan Rakyat , Negara Luar, Demokrasi dan Hipokrisi - Cinta Segi Empat

Pelbagai reaksi dan kekeliruan yang ditimbulkan oleh pembangkang untuk menentang segala tindak-tanduk kerajaan persekutuan. Antara yang selalu kita dengar adalah berkenaan demokrasi di negara kita.

'Draconian' atau 'Kejam' ,begitulah sistem undang-undang di negara kita diibaratkan oleh puak pembangkang.Adakah sistem perundangan kita kejam sehingga mereka mentang habis-habisan? Apakah rakyat menderita akibat sistem demokrasi negara kita?

Demokrasi a.l.a Singapura

Malaysia sering dibandingkan dengan negara jiran,Singapura. Kononnya, Singapura mempraktikkan demokrasi jauh lebih baik dari negara kita. Adakah ini betul? TIDAK sama sekali! Lihat carta demokrasi dibawah dan baca artikel yang ditulis penulis sebelum ini (klik disini)



Seperti yang ramai antara kita tahu ,YAB PM setuju untuk memansuhkan ISA seperti mana dijanji oleh beliau tiga tahun yang lalu. Ini jelas menunjukkan Kerajaan sedia untuk mendengar rintihan rakyat dan sentiasa bersedia melakukan trnasformasi demi kepentingan rakyat dan negara. Tetapi yang anehnya, pembangkang bandingkan Malaysia dengan Singapura yang tidak mahu mansuhkan ISA.


Jadi apakah Singapura benar-benar menjadi model negara demokrasi yang baik untuk Pakatan contohi?

Dari Singapura ke Barat

Selepas hilang akal dengan Singapura, pembangkang bertukar arah membandingkan Malaysia kita dengan negara seperti Amerika(US) dan Kerajaan British(UK) . Mereka meroyan sampai habis menjerit mahu demokrasi seperti negara itu.Yang anehnya ,mereka tidak mahu menggunakan cara/sistem negara model mereka. Sebagai contoh. UK dan US menggunakan sistem biometric dalam pilihanraya mereka tetapi pembangkang di Malaysia menolak sistem biometric dengan alasan kononnya ia mempunyai kekurangan .Sebaliknya mereka mahu menggunaan Dakwat Kekal dalam pilihanraya kita . Pelik tak?

Sekarang turun ke India

Pembangkang yang tidak pernah mumpunyai pendirian yang tetap kini bandingkan Malaysia dengan India. Mereka mahu negara kita ikut jejak langkah India dengan menggunakan Dakwat Kekal atau lebih dikenali sebagai 'Indelible Ink'. Alasan mereka :
'India mempunyai bilangan pengundi yang ramai(jauh lebih) dari Malaysia. Mereka sendiri menggunakan dakwat bukannya biometric. Dakwat tidak boleh dicuci jadi pengundi tidak dapat mengundi lebih dari sekali'

Betul ke ni? Lihat video dibawah :


Ini jelas menunjukkan bahawa Dakwat Kekal bukan satu pilihan yang bijak. Jadi siapa yang sebenarnya berniat jahat? jeng..jeng..jeng...

Dulu India,Kini Myanmar

Yang terbaru, pembangkang bandingkan Malaysia dengan Myanmar pula. Kata mereka ,Myanmar lebih demokratik berbanding mereka.. HAHAHAHA.. rasanya penulis tidak perlu mengulas mengenai kenyataan yang tak masuk akal mereka lagi.. pembaca mesti sudah boleh dapat menilai mereka sehingga kini.

Negara yang berada di 92 tangga di bawah Malaysia dalam index demokrasi dunia (klik sini) dikatakan lebih demokrasi ?


Pembangkang memang tiada modal untuk menentang segala usaha kerajaan. Mereka juga tidak mempunyai pendirian yang kukuh dan hanya pandai bermain fitnah untuk mengelirukan rakyat.

FIKIR-FIKIRKANLAH



0 comments:

Post a Comment