Sunday, November 27, 2011

Mahasiswa/siswi USM semakin 'Beer'rani ..?Salah siapa?

Kejadian ini berlaku beberapa hari yang lepas bila penulis lepak bersama kawan-kawan di Restoran Nasi Kandar Istimewa dimana sekumpulan pelajar Universiti Sains Malaysia duduk di meja bersebelahan dengan kami. Mereka dikenal pasti sebagai mahasiswa dan mahasiswi melalui beg dan baju yang jelas melambangkan mereka ini adalah pelajar USM.




 p/s : Minuman yang dibawa masuk dari luar.TIDAK dijual di kedai tersebut.

Penulis kagum akan semangat setiakawan yang dipraktikkan oleh mereka.Namun begitu, penulis kurang setuju dan gembira akan contoh yang ditunjukkan .

Memang perlu diakui bahawa ianya menjadi hak mereka untuk minum/makan di restoran itu. Tetapi sebagai seorang mahasiswa/siswi mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang lebih baik. Mereka perlu menghormati kehadiran pelanggan lain yang berasal dari pelbagai umur dan bangsa. Pendek kata ,perbuatan mereka 'tak manis dipandang' .

Penulis tidak menghalang hak mereka sebaliknya mohon agar mereka lebih sensitif dan peka akan persekitaran . Melalui perbuatan mereka, ia boleh mendatangkan nama buruk kepada 'penduduk' USM yang lain. Ia juga membuatkan orang mempunyai tanggapan negatif dan salah tafsir bahawa restoran itu menjual minuman keras. Jangan kerana setitik nila, sebelanga susu rosak.

Mari kita praktikkan kebebasan kita yang lebih peka dan sensitif tanpa 'lari keluar' dari budaya timur kita!

Fikir-fikirkanlah

5 comments:

  1. Student kena la lebih berhati-hati..takkan minum kat kedai macam tu..apa org ingat nanti.. kalau nak minum pi la pub,disco atau tempat yuang sesuai..dont tell me, nasi kandar shop..

    thanks bro for highlighthing this issue.

    ReplyDelete
  2. Students need to be more aware of this! dont do stuff like this in public. Thanks Dhanya for bringing this issue

    ReplyDelete
  3. Pelajar ke ni? apa nak jadi dengan masyarakat kita... lupa budaya kita..kita org timur ..bukan barat...! hormatlah org lain... harap pelajar-pelajar itu belajar dari kesilapan! kalau nak minum ,pergi la tempat yg sesuai adik adikku!

    ReplyDelete
  4. Good article... keep posting this kind of issue to maintain the awareness level among the students,parents and community..

    ReplyDelete
  5. sya kenal slh sorg daripda mreka..agak trkjut jgk tgk gmbr ni.sya tanya kalau2 btul dia yg brada dlm gmbr trsebut.dan dia mengiyakan.dia kta cuma slh dorg dripada mreka yg beli,setin cuma sbb ada antara mreka yg blum pernh cuba..tpi still apa yg mreka buat 2 x wajar la..apatah lgi sbg sorg plajr..

    ReplyDelete