Thursday, November 24, 2011

Ramasamy umumkan Kabinet Bayangan PR in akhbar Tamil!



Hingga ke sekarang Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berani untuk mendedahkan kabinet bayangan beliau. Walaupun didesak oleh penyokongnya sendiri,beliau masih tidak berani unutk namakan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri.

Desas-desus mengatakan bahawa Anwar akan mengikut rentak kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk meletakkan dua Timbalan Perdana Menteri bagi menghormati dan tunaikan janji beliau kepada rakan-rakan dari PAS dan DAP.

Apa yang pasti ,Anwar akan semestinya ambil kedudukan tertinggi(Perdana Menteri) sambil memberi dua kerusi Timbalan Perdana Menteri itu kepada PAS dan DAP. Penulis sangat pasti akan perkara ini, kerana itulah perjuangan/matlamat beliau sejak dipecat dari UMNO pada tahun 1998.

Jadi satu kerusi untuk PAS, yang besar kemungkinan adalah milik Hadi Awang yang merupakan seorang Melayu dan satu lagi semesti akan diberikan kepada DAP dimana penulis pasti akan dikuasai oleh Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng berdasarkan hieraki parti.

Jadi persoalannya, siapa yang menjanjikan kerusi Timbalan Perdana Menteri India kepada Prof.P.Ramasamy?


IF 'PAKATAN RAKYAT' COMES INTO POWER, SECOND DEPUTY PRIME MINISTER POST WILL BE INDIAN'S.

JIKA PAKATAN RAKYAT MENGAMBIL ALIH KERAJAAN, TIMBALAN PERDANA MENTERI KEDUA ADALAH UNTUK KAUM INDIA

Jadi siapa yang janjikan kerusi ini unutk orang India? Adakah Kabinet Bayangan sudah pun diumumkan?
Adakah Anwar pasti beliau akan berpegang pada janjinya dan ianya tidak akan terjadi seperti Kampung Buah Pala?

Kenapa Prof.Rama sudah mula umumkan perkara ini kepada semua orang ,tetapi Anwar nafikan bahawa Pakatan Rakyat berbincang mengenai Kabinet Bayangan? Siapa yang menipu? Adakah ini satu lagi janji manis Pakatan?

RAMASAMY perlu menjawab!!

Reactions:

0 comments:

Post a Comment