Youth Intellectual Mind

Welcome to my blog.Your comments and feedbacks are much appreciated

Checkmate

Check out the popular posts for the best articles of all time.

Najib Maniac

I support the Transformation brought by YAB Datuk Seri Najib Razak.

Welcome

This is my page. The ideas are mine. You can hate it. Your rights

Wednesday, February 29, 2012

GEMPAR!! Kilang 'rare earth' di Selangor?

?Aneh tapi Benar! Itulah yang penulis dapat ungkapkan selepas melihat pembongkaran blogger rakan seperjuangan Apanama dalam artikel terbaru beliau.

Shin-Etsu (M) Sdn.Bhd, kilang yang menghasilkan magnet 'rare earth' beroperasi di Kawasan Perindustrian Hicom ,Selangor.



Penulis pasti pendedahan akan membuat semua tertanya-tanya sama ada kilang ini kan ditutup oleh Kerajaan PKR Selangor ? INGAT!! Ketua Umum , Dato Seri Anwar Ibrahim berjanji akan menutup Kilang Lynas jika Pakatan ambil alih Kerajaan kononnya 'Rare Earth' sangat membahayakan!! (25 Fakta Mengenai Lynas Yang Anda Patut Tahu! <------klik disini )



Pusat. Jadi ini macam mana? Berani? Kita tunggu dan lihat sama ada Anwar berpegang pada kata-kata beliau atau cerita serupa Kampung Buah Pala ? Macam mana pula dengan Ah Beng ni?


Sudah tentu Lim Guan Eng yang cintakan 'kehijauan' akan berarah kilang itu untuk ditutup bukan?

Polisi atau Hipokrisi?

Kita tunggu dan lihat!!

sumber : http://www.apanama2020.blogspot.com/

#KemasKini : Tajuk artikel ini ditukar selepas Penulis menerima teguran bahawa ianya membawa kepada sedikit kekeliruan. Harap maklum.

Tuesday, February 28, 2012

MIC sedia berdebat..PKR tak mahu!

Perdebatan antara mana-mana parti politik yang membawa kefahaman ideologi dan dasar yang  berbeza adalah satu petanda sihat dan baik ke arah mencorak menjadikan senario politik di negara ini lebih matang. Perdebatan antara Datuk Seri Chua Soi Lek dan YB Lim Guan Eng boleh dijadikan satu contoh terbaik.

Persoalan yang kini timbul adalah, adakah UMNO dan MIC akan berbuat sama..?


MIC menyatakan hasratnya untuk berdebat mengenai isu berkenaan hal kaum India di negara ini dengan Naib Presiden PKR, N.Surendran melalui Setiausaha Pemuda MIC Kebangsaan, C.Sivarraajh. Tetapi apa yang mengejutkan, N.Surendran menolak pelawaan itu dengan alasan hanya bersedia untuk berdebat dengan  Menteri UMNO atau Naib Pengerusi.



Kenapa MIC perlu debat dengan PKR?

1. Seperti yang ramai dianatara kita tahu, komposisi kaum India di DAP dan PAS jauh lebih kurang berbanding PKR. Jadi PKR yang mempunyai ramai ahli berbangsa India patut berdebat.


2. DAP sudah pun berdebat mewakili kaum Cina dengan presiden MCA , Datuk Seri Chua. Ini jelas menunjukkan DAP sudah pun memperjuangkan nasib ahlinya yang majoriti berbangsa Cina.


3.Jadi orang yang sesuai untuk berdebat mengenai isu kaum India sudah tentunya PKR dan Naib Presidennya , N.Surendran adalah orang yang paling sesuai kerana beliau merupakan pemimpin India yang menjawat jawatan tertinggi PKR.


Kenapa N.Surendran tak berani berdebat?

1. Beliau hanyalah India pada nama. Beliau tidak boleh berbahasa Tamil inikan pula debat? haha


2. Beliau tidak pernah dilihat menyelesaikan masalah kaum India..


2.Jadi beliau mahu mencabar UMNO sebagai cara untuk larikan diri dari perdebatan.


3. Beliau tahu UMNO tidak akan dapat menjawab dan berdebat persoalan mengenai isu kaum India lebih baik dari MIC. jadi ianya membolehkan beliau untuk nampak ' hero' atau 'champion'..

Nampak tak helah Surendran?

Penulis rasa Saudara Sivarraajh mempunyai segala kelayakan untuk berdebat dengan N.Surendran. Sivarraajh yang latang bersuara demi pendiriannya sebelum ini pernah digantung parti selama 6 bulan (selepas hukuman dikurangkan). Ini jelas menunjukkan prinsip beliau dalam memperjuangkan apa yang dipercayainya betul.
Jadi penulis tertanya-tanya apakah pendirian Surendran dalam hal ini?

Cetakan skrin dibawa yang diperolehi dari sumber ini jelas menunjukkan prinsip N.Surendran yang sanggup mengatakan beliau bukan pemimpin India semata-mata untuk 'lari' dari perdebatan.



Beginikah pemimpin yang kita mahu?

FIKIR-FIKIRKANLAH


Monday, February 27, 2012

25 Fakta Mengenai Lynas Yang Anda Patut Tahu!! Sebarkan!!



1) Projek Lynas merupakan satu kejayaan besar kerajaan dalam mendapatkan pelaburan dari luar negara dalam jumlah yang besar malah ianya dipersetujui serta diakui oleh pemimpin DAP Leong Ngah Ngah yang mana turut disiarkan dalam tabloid cina.

2) Dr. Che Rusli Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa.

3) Loji Lynas yang dalam pembinaan di Gebeng dipasang dengan sensor radiasi dan peralatan terkini dalam mengendali pencemaran.

4) 12 kolam simpanan sementara yang dilapisi dengan plastik padat berdentisiti tinggi turut dibina dan diletakkan di dalam tanah akan dilapisi dengan tanah liat bagi membolehkan tempat simpanan tersebut kedap air yang mampu menahan tahap radioaktif sehingga ia dikeluarkan.

5) China menghasilkan 97% daripada bekalan dunia manakala Jepun merupakan pengimport terbesar Rare Earth. Ketika kedua negara ini mengalami perbalahan diplomatik China menggunakan logam berharga ini sebagai senjata untuk memaksa Jepun tunduk serta berdamai dengan mereka.

6) Dalam teknologi menghasilkan telefon pintar dan kereta hibrid produk Rare Earth merupakan sumber utama bagi Jepun. Kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada Rare Earth.

7) Rare Earth mengandungi tahap radioaktif yang paling rendah.
8) Lynas enggan meneruskan pelaburan mereka di China berikutan sekatan ke atas semua produk akhir. Manakala cukai import dan eksport untuk Rare Earth dikenakan sebanyak 25% selain sekatan juga turut dikenakan. Ini membuatkan harga bahan berkenaan berganda-ganda.


9) Sebelum komited untuk menempatkan pelaburan mereka di Malaysia Lynas telah pun menerima kelulusan untuk membina kilang Rare Earth mereka di Australia malah China juga turut memberi kelulusan yang sama. Walaupun ada kes di Boutou di mana tahap radiasi dilaporkan mencemari sumber air utama penduduk setempat.


10) Malaysia dipilih kerana lokasi strategik dengan pasaran, mempunyai akses kepada bahan kimia yang berkualiti tinggi, peralatan dan juga kemahiran teknikal yang miliki Malaysia diperakui oleh pihak Lynas.

11) Lokasi Pelabuhan Kuantan juga dilihat lebih strategik untuk aktiviti pemerdagangan, China tidak dipilih kerana lokasinya yang jauh dan tinggi jumlah cukai importnya manakala Australia lokasinya dilihat tidak strategik dari segi geografi.

12) Tempoh pengecualian cukai selama 12 tahun yang diberikan kerajaan adalah kerana status Lynas sebagai perintis Amoco dan WR Grace selain itu Lynas akan mempromosikan pelbagai produk industri pendokong di Malaysia yang merangkumi perabut, kimia baja dan lain-lain. Secara tidak langsung ianya memberi manfaat yang besar kepada industri peruncitan F&B di Malaysia.

13) Lynas juga telah bersepakat dengan lain syarikat untuk menukar produk sampah kepada konkrit. Tahap torium yang boleh diubah menjadi produk sampingan yang tidak berbahaya seperti agregat semen yang digunakan dalam pembangunan jalan.

14) Pembangkang yang diwakili Fuziah Salleh cuba untuk menghentikan Lynas dengan tujuan untuk menghilangkan keyakinan serta kepercayaan negara luar kepada negara dan bangsa Malaysia dengan ini Malaysia dilihat tidak mampu membuat keputusan walaupun ianya berdasarkan standard antarabangsa dan undang-undang.
15) Rang Persetujuan Perlesenan Lynas adalah dari Agensi Pusat di bawah MOSTI dan Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan dipantau penuh oleh Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).

16) Kelulusan lesen kepada Lynas tiada kaitan dan kena mengena dengan Kerajaan Negeri Pahang.

17) Panel bebas daripada (IAEA) turut dilantik oleh kerajaan pusat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan. Seramai 10 orang pakar yang diakui arif dalam ilmu masing-masing dilantik menanggotai panel berkenaan yang dipimpin oleh Dr. Tero Varjoranta dari Finland di mana beliau merupakan Pengarah Bahagian Bahan Bakar Nuklear dan Teknologi Limbah IAEA.

18) Pakar-pakar iaitu Jan Van Der (Belanda), Dr. Leo M. Lowe (Kanada), Prof. Dr. Balagopala Pillai (India), Dr. Dennis Wymer (Inggeris), Scawela Ulric Hanna Kajander (Findland), Dr. Horts Monken Fernandes (Brazil) dan Hiroko Raticliffe yang bertindak sebagai pembantu pentadbiran.

19) Semua ahli panel yang dilantik ini mempunyai kepakaran khusus dalam perlindungan sinaran, penilaian keselamatan, pengurusan sisa, pengangkutan dan tindakan pembaikkan.

20) Misi pasukan ini adalah untuk mengkaji semula tahap pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antrabangsa. Terutama berkaitan dengan tahap keselamatan radiasi.

21) Tahukah kita bahawa Indonesia, Vietnam dan Bangladesh yang merupakan negara lebih miskin dari Malaysia telah pun merancang untuk memulakan projek ini dimana mereka bakal mengendalikan loji nuklear sendiri menjelang 2020.

22) Bahan mentah yang digunakan oleh Asian Rare Earth di Bukit Merah ialah bahan 'Tin Mining Tailings' yang mana mana ianya berbeza dengan yang digunakan oleh Lynas. Di mana 'Tin Mining Tailings' ianya 50 kali lebih tinggi tahap radiasinya.

24) Rata-rata pekerja Lynas akan menerima 2 millisivert /setahun tahap radiasi dibandingkan dengan mereka yang merokok sekotak rokok sehari dimana ianya menerima 150 millisivert/setahun tahap radiasi.

25) Para pekerja di loji ini hanya menerima 10% radiasi tambahan sebagaimana diterima dalam kehidupan harian para juru x-ray perubatan dan pergigian.

Berdasarkan penerangan ringkas ini, maka wajarlah kita mempercayai bahawa individu dari kalangan kita tahap radiasinya lebih tinggi berbanding loji yang bakal dibina di Gebeng. Malah kawasan persekitaran ofis Fuziah Salleh juga saya difahamkan mengandungi tahap radiasi yang tinggi.
Dua orang dari pihak pembangkang yang mana seorangnya merupakan pakar radioaktif menyatakan projek Lynas adalah selamat. Siapa Fauziah Salleh untuk kita dengar cakap dia? Pakar atom? Pakar bom? Pakar nuklear? atau pun pakar memburukkan kerajaan?



Apa kata Menteri Australia mengenai Lynas?






Sebarkan!!

Thursday, February 23, 2012

MESTI BACA! Bukti Melayu tanpa 'identiti , Kerajaan BN rasis?

''Ala bang,jauh laa... macam mana nak pergi..Tak buat lain kali? boleh saya join '', kata Steven (bukan nama sebenar) ,seorang pemuda berumur dalam lingkungan lewat 20an kepada penulis
 '' Esok tak boleh Adik, ada kenduri...tapi saya akan cuba '', kata Arumugam (bukan nama sebenar) kepada penulis ,yang datang mewakili ibunya
 ''Errrr..(senyum)..eeeerr...(senyum) ",demikian jawapan yang diterima dari Selvi (bukan nama sebenar) apabila ditanya penulis kenapa tidak mengambil surat beranak untuk anaknya yang kini sudah berumur 5tahun

Ini adalah sebahagian daripada jawapan yang diterima semasa Program My Daftar berlangsung. Penulis tidak mahu mengulas mengenai program ini dengan keyakinan bahawa ramai diantara pembaca sendiri sudah tahu apa itu 'MyDaftar'..kepada yang tak tahu tu..pandai-pandai la 'bergoogle' =)

 Ramai diantara kita menuding jari kepada kerajaan kononnya Kerajaan Barisan Nasional rasis,tidak mahu memberi kewarganegaraan kepada rakyat bukan Melayu yang sudah lama bermaustautin di Malaysia. Antara komen yang penulis jumpa di FB berkenaan dengan isu ini :

Nak tahu bertapa rasisnya kerajaan Barisan Nasional?? Baca seterusnya ..

Faizal Bin Hanif ,ditinggalkan oleh ibunya kepada sebuah keluarga angkat tanpa sebarang dokumen kelahiran. Menurutnya Faizal yang dijumpai penulis, dia tidak memikirkan soal perlunya mempunyai sijil kelahiran dan kad pengenalan sehinggalah dia dewasa dan memerlukan kedua-dua  dokumen penting itu. Dia juga tidak pernah bersekolah kerana ketiadaan sijil beranak ( usaha kerajaan untuk mengatasi masalah sebegini ---klik disini)

Faizal mendakwa pada usia 18tahun,dia ada membuat permohonan pendaftaran lewat kelahiran di JPN dan telah diminta membawa penjamin iaitu keluarga angkatnya untuk membuat surat sumpah. Surat dari wakil rakyat dan ketua kampung juga diminta bagi tujuan itu.

Bagaimanapun,jelasnya sijil kelahiran hanya diperolehi dua tahun selepas itu dan masalah pula timbul semasa memohn mendapatkan kad pengenalan.

Surat Beranak

Surat Sumpah Penjaga

                                                   Surat Akuan Penghulu

Faizal dimaklumkan hanya layak menerima kad pengenalan hijau kerana tiada nama ibu bapa selain taraf kewarganegaraan belum ditentukan. Kad itu pula hanya untuk tempoh 10 tahun dan dia perlu memperbahuruinya setiap dua tahun seolah-olah pendatang asing !?? 



SURAT SOKONGAN DARI MALABAR MUSLIM NEGERI JOHOR




SURAT SOKONGAN DARI PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR




SURAT SOKONGAN PEJABAT AHLI PARLIMEN JOHOR
 



SURAT SOKONGAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA


                   

  SURAT SOKONGAN JABATAN KEBAJIKAN
                                            MASYARAKAT KUALA LUMPUR




SURAT SOKONGAN DARI AHLI PARLIMEN KEPALA BATAS
Pah Lah pada masa tu PM beb!! Surat dia pun tak dilayan JPN??


                         

  SURAT SOKONGAN DARI AHLI PARLIMEN KEPALA BATAS
                                           pada kali yang kedua???? PM pun tak boleh buat apa?? 

                                     

SURAT SOKONGAN DARI BIRO PENGADUAN UMNO

   

SURAT SOKONGAN DARI PEJABAT MENTERI KEWANGAN MALAYSIA

INI YANG PALING BEST!!

DULI YANG AMAT MULIA TUNKU IBRAHIM ISMAIL IBNI SULTAN ISKANDAR, TUNKU MAHKOTA JOHOR BERTITAH AGAR KEWARGANEGARAAN DIBERI





DULI YANG AMAT MULIA TUNKU IBRAHIM ISMAIL IBNI SULTAN ISKANDAR, TUNKU MAHKOTA JOHOR BERTITAH AGAR KEWARGANEGARAAN DIBERI 


 DULI YANG AMAT MULIA TUNKU IBRAHIM ISMAIL IBNI SULTAN ISKANDAR, TUNKU MAHKOTA JOHOR BERTITAH AGAR KEWARGANEGARAAN DIBERI
 

 WAAAAH, SAMPAI SULTAN BERTITAH TAPI APA JAWAPAN JPN?? =)

SURAT PERTAMA JPN 


SURAT KEDUA JPN


MASIH TAK DAPAT?? WAAAH!!

LEPAS ITU ...

SURAT SOKONGAN DARI ADUN PULAU PINANG



SEKALI LAGI :  SURAT SOKONGAN DARI AHLI PARLIMEN JOHOR


SELEPAS PM MINTA, SULTAN BERTITAH ,ini jawapan JPN



FAIZAL HANYA LAYAK DIKELUARKAN KAD PENGENALAN PEMAUSTAUTIN SEMENTARA?? ITULAH JAWAPAN JPN! Bukan Melayu ini patut dibantu kerana Barisan Nasional satu parti yang rasis,bukan ?

 Kepada yang berfikir macam tu ini jawapan Pegawai Perhubungan Awam JPN :


"Pihak kami sedia maklum mengenai kes ini. Kes ii agak rumit untuk dijelaskan. Kes Kad pengenalan pemuda tersebut perlu ditentukan MENGIKUT PERATURAN,AKTA DAN UNDANG-UNDANG SEPERTI YANG TERMAKTUB.Mohd. Faizal perlu buktikan status dirinya dan pihak kami akan tentukan mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada"
 Faizal yang kerap ditipu majikan yang mengambil kesempatan ke atas dirinya dengan tidak membayar gaji kerana tiada kad pengenalan dengan nada sebak berkata ," Saya bersumpah bahawa saya rakyat Malaysia tetapi sekiranya saya ini pendatang,beritahu negara asal saya. Saya boleh pulang ke tempat asal dari dibuli di tempat orang'.

Komen penulis : Jadi jika kewarganegaraan seseorang itu ditolak ,adakah ianya kerana sikap rasis kerajaan atau perkara-perkara lain yang diluar jangkaan kita? Kenapa kerajaan 'rasis' Barisan Nasional tak dapat tolong dalam isu ini? Kerana tiada sesiapa pun lebih berkuasa dari undang-undang!!

Ini baru salah satu cerita mengenai nasib seorang Melayu.Ada ramai lagi yang bernasib malang seperti Faizal.
Jadi memang patut bukan kaum India yang baru-baru ini mendapat kewarganegaraan berterima kasih kepada PM? 
Thank you PM!


 FIKIR - FIKIRKANLAH!!

Sunday, February 19, 2012

Blogger UMNO hina agama Hindu? MIC buat apa?

Sepuluh hari sudah berlalu,namun artikel Si Tanggang dan Batu Caves masih menerima kritikan hebat dari ramai kaum India terutamanya yang beragama Hindu.Tidak lupa juga para pembaca dari komuniti Melayu ynag sependapat dengan yang lain. Penulis sendiri berasa artikel ini boleh menimbulkan ketidakselesaan dikalangan pembaca India pada amnya.

Kepada yang belum baca lagi,kliklah pautan diatas ,baca dan nilai sendiri apa yang dikatakan oleh Encik Hishamuddin Rais ,pemilik artikel tersebut. Penulis tidak salahkan kreativiti beliau tetapi sekeras-kerasnya mengkritik tindakan beliau yang seolah-olah cuba menghina agama yang tertua didunia ini.

                                                           Hishamuddin Rasis


Sehingga kini (10.10pm 19 Feb 2010) sebanyak 454 komen ditinggalkan dilaman web tersebut. Ramai yang mengkritik penulis sebagai rasis.Ada juga yang salahkan Yahoo News! kerana 'bersubahat' dengan pemilik artikel tersebut. Well.. kita tahu Yahoo News! ni bukannya boleh harap sangat pun. Kenapa? Baca ini ----> (klik disini)

Amacam?Setuju tak? ..

Ada juga segelintir pembaca online yang kurang cerdik la penulis katakan, yang cuba mempersalahkan MIC/UMNO/BN dalam hal ini. Kenapa? ada yang katakan Hishamuddin ni orang UMNO..ada juga salahkan '1Malaysia' dalam hal ini. Seperti biasa ,MIC tidak terlepas dari kritikkan sesetengah dari mereka.. haha..ada yang lebih bodoh untuk percaya komen itu(ikut membuta-tuli sudah sebadi dengan rakyat Malaysia bukan? (= )


  Adakah ini benar,ianya orang UMNO? TIDAK!! Jadi siapa ini Hishamuddin Rais ini?



Menurut WikiPedia , dia merupakan aktivitis politik pro reformasi yang pernah ditahan dibawa akta ISA..! Pendek kata orang Anwar--->(klik disini) !! Ini pula link ke blognya ----> http://tukartiub.blogspot.com 






Sumber mengatakan,sehingga kini HR masih lagi setia bersama Anwar Ibrahim. Maklumlah orang kanan yang berpengaruh di alam maya ini amat diperlukan oleh Anwar untuk penyebaran fahaman kirinya.


Jadi jika anda rasa marah , dan mahu 'complain' siapa yang patut kita cari ?
Anwar atau Najib?

Orang PKR yang tulis ,nak salah MIC/UMNO/BN ?

Rasis? Siapa? =)

Fikir-fikirkanlah



Monday, February 13, 2012

Demi kebenaran foto DS @NajibRazak masuk kuil Batu Caves didedahkan!



Kehadiran Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak pada sambutan Hari Thaipusam di Batu Caves masih terus dipolitikkan oleh ulamak-ulamak ektremis dari PAS walaupun ianya hampir seminggu. PAS terus mencari publisiti murahan dengan mempertikaikan tindakan DS Najib menghadiri majlis sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves pada 7 Februari lalu dengan lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda sambil ditemani isterinya DS Rosmah Mansor.

Persoalan yang timbul :
Adakah benar DS Najib masuk ke kuil?

Ini adalah gambar dimana YAB Perdana Menteri berada semasa memberi ucapan beliau(diperolehi dari sumber).





Bagi menjawab soalan ini,untuk mendapat kepastian dan demi kebenaran penulis berkunjung ke Batu Caves semalam. Sempat penulis mengambil beberapa gambar. Dimana ianya terletak? Penulis sempat mengambil gambar menggunakan mode 'panorama' yg jelas menunjukkan jarak dari kuil.


Gambar dibawa pula dari perkarangan kuil yang paling dekat.


Salahkah berada di perkarangan kuil?Beliau berada di  ' Exhibition Hall ' sahaja..tak masuk kuil pun..itu pun nak bising?

Habis tu Adun PAS yang masuk DALAM  kuil ,PAS tak bising pun?

YB Dr. Haji Abdul Rani bin Osman adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bagi DUN N42 Meru, Selangor

Berada 100meter jauh dari kuil ,SALAH..tapi berada didalam kuil ,TAK APA? PAS memang BODOH!

Ini cetakan skrin salah tweet seorang rakan Twitter (seorang Muslim) mengenai isu ini.

Well said..

Pemimpin India Pakatan marah?

Juga ingin penulis menyentuh isu kritikkan beberapa pemimpin India dari Pakatan Pembangkang yang kononnya tidak mahu politik dibawa masuk ke dalam kuil.

Ingat!! PM datang ke Thaipusam selaku Ketua Kerajaan bukannya mewakili parti politik atau sebagai ahli politik. Beliau dijemput jawatankuasa kuil tersebut sebagai tanda berterima kasih kepada kerajaan yang banyak menolong kuil yang menjadi kebanggaan seluruh penganut Hindu.

Kepada semua pemimpin India yang bongok, lihat gambar dibawah :



SEBELUM BERSIHKAN KUIL DARI POLITIK , BERSIHKAN DARI SAMPAH!!

Monday, February 6, 2012

[Video]18SX : Mesti Tonton!! Salahlaku pemimpin India PKR di Thaipusam!

 Tonton video ini sehingga habis :



Inilah nasib kaum India di ketiga-tiga negeri yang kini berada dibawah pemerintahan Pakatan Pembangkang! Janji kekal sebagai janji..tidak ditunaikan!

Kedah - Janji Cuti Umum untukThaipusam yang tidak dikotakan telah menimbulkan kemarahan rakyat di Kedah! Kalaivanar(dalam video) dengan sokongan rakyat pinta agar Anwar Ibrahim berhenti bohong demi kepentingannya.

Pulau Pinang - Situasi disini lebih kurang sama dengan apa yang dialami rakyat Kedah. Bantuan tidak diberi seperti yang dijanjikan. Malahan, Lily(dalam video) yang mempunyai pengaruh kuat di Dun Bagan Dalam diperalatkan demi...hmmmm bukannya pembaca tidak tahu 'demi apa' bukan =)

Selangor - Tamparan yang cukup hebat bagi Pakatan apabila dimaki oleh penduduk yang marah . Ada juga pengundi yang kecewa mahu mengundi kembali Barisan Nasional. Penulis tertatik akan komen salah seorang dalam video ini yang mengatakan 'Kalau Samy Vellu.mesti dah dapat tanah'...

Masih belum terlambat lagi! Mari kita bersatu hantar penyangak-penyangak ini balik ke tempat asal! Undi dengan bijak!

Mohon kongsi video ini dengan rakan-rakan di Twitter,Facebook dan lain lain media sosial. Sebarkan kebenaran!

Komen Penulis : Mohon ampun dari pembaca bukan Tamil . Penulis akan muatnaik satu lagi video dengan sarikata dalam Bahasa Melayu/Inggeris.

Wednesday, February 1, 2012

MESTI BACA! 'Surat Cinta' @rsnrayer kepada @proframa

Ramai yang tahu akan perbalahan dalam DAP antara  Prof Ramasamy dengan Karpal Singh. Penulis juga pasti semua sedar akan pemimpin India di Pulau Pinang yang menggunakan peluang ini untuk 'menghentam' Prof Ramasamy. Kenapa? Penulis tak pasti. Besar kemungkinan disebabkan ketidakpuasan atas pimpinan Prof Rama yang dikatakan ala diktator dan hanya pentingkan kroni atau mengintai peluang menjadi Timbalan Ketua Menteri!

Lihat gambaran dibawah untuk memahami situasi dalam DAP


Balik kepada subjek, penulis ingin berkongsi pendapat akan surat yang dihantar oleh YB Rayer kepada Prof Ramasamy baru baru ini :



Ini adalah bantahan sepanjang LIMA muka surat yang dihantar oleh Team A kepada Team B . Isunya mengenai 'Penyelarasan Lagu/Muzik sempena Thaipusam' . Penulis amat tertarik akan perengan terakhir dalam kandungan surat tersebut.




Beliau memnyatakan bahawa
'kerajaan Barisan Nasional sebelum ini menyekat kebebasan penganut Hindu dengan membuat penyelarasan lagu/muzik'
 Betul ke ni YB? kalau betul pun, kenapa sebelum ini tiada seorang pun membuat aduan? tak pernah pula pengendali gerai Thaipusam membuat demonstrasi dihadapan kuil seperti yang YB sendiri nyatakan dalam surat ini? Nak tipu pun agak-agak la .. hahaha!

Dalam suratnya juga, beliau akui bahawa undi kaum India pergi ke tangan Pakatan Pembangkang kerana 'perobohan kuil Hindu di Selangor dan rintihan 'Makkal Sakti'
  
Jadi kebenaran kini keluar dari mulut Pakatan Pembangkang sendiri bahawa kaum India menabur kepercayaan terhadap Pakatan bukan kerana mereka dilihat lebih baik dari BN tetapi seperti apa yang ditulis YB Rayer itu sendiri!

Dari perengan terakhir juga boleh penulis ungkapkan bahawa , Pakatan kini semakin tertekan dengan undi kaum India yang kembali kepada Barisan Nasional. Tiada lagi sentimen kuil yang boleh mereka mainkan kerana Kerajaan Barisan Nasional kini banyak membantu kuil-kuil diseluruh Malaysia. Keadaan menjadi lebih tertekan apabila parti 'Makkal Sakthi' menjadi Pro BN!!

Keadaan menjadi lebih parah apabila kedatangan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat ke kuil di Kedah baru-baru ini dibantah sekeras-kerasnya oleh rakyat! :





Kepada kedua-dua Team A dan Team B serta seluruh ahli keluarga Pakatan Pembangkang,
TAKUT TU MAU ADA!!