Saturday, November 5, 2016

Krisis MIC Berakhir : Dua Puak Bergabung ,MIC Kembali Menemui Rentak!

Krisis kepimpinan dalam parti politik tanah air (mahupun luar negara) bukannya satu perkara yang baharu. Pada tahun 1987, kita telah menyaksikan krisis kepimpinan yang serius dalam UMNO sehingga muncul dua puak - Team A and B - yang akhirnya mengakibat Umno diisytiharkan haram oleh mahkamah. ( Krisis kepimpinan dalam MCA boleh dibaca di sini (klik) )

Apa yang penting adalah kebangkitan part-parti BN mengharungi krisis-krisis ini demi memperkasakan parti. 



Zaman Kegelapan MIC Tamat

Krisis kepimpinan MIC yang sekian lama berlanjutan kini menemui titik noktahnya apabila para penyokong mantan Presiden MIC , YB Datuk Seri G.Palanivel kembali ke MIC sebentar tadi. Seramai 400 Ketua-Ketua Cawangan  MIC yang diketuai oleh YBhg S.Sothinathan hadir ke perjumpaan khas tersebut dan dijangkakan seramai 600 cawangan secara keseluruhannya telah pulang ke pangkuan MIC 


Pengumuman ini dibuat oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam sebentar tadi (video disini ) di Ibu Pejabat MIC , Jalan Ipoh. Dalam ucapannya , beliau menegaskan bahawa kini tiada lagi dua puak dalam MIC dan memberi peringatan kepada pihak-pihak di luar agar tidak lagi menggunakan isu krisis ini untuk memperlekehkan kebolehan dan kekuatan MIC. 

Tahniah diucapkan kepada Presiden MIC yang mampu membawa semua pihak ke meja rundingan dan berjaya selesaikan krisis yang berlanjutan selama dua tahun ini. 

"There is only one MIC and Datuk Seri Subramaniam is the President" - Datuk S.Sothinathan (video)

For the party , for a better Indian Community!

DC

0 comments:

Post a Comment