Thursday, November 17, 2011

MESTI BACA : Indelible Ink / Dakwat Kekal , salah satu taktik kotor Pakatan! SEBARKAN!!!

 Pakatan Pembangkang PAS,DAP dan PKR mendesak agar Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia menggunakan Dakwat Kekal pada PRU 13 nanti. Seluruh medium digunakan oleh pemimpin Pakatan Pembangkang bagi menarik rakyat menyokong mereka dalam penggunaan dakwat kekal.





 Lihat cetakan skrin dibawah :





Anwar Ibrahim ketua umum pakatan pembangkang berulang ulang kali menyatakan kepada media yang Dakwat Kekal selamat digunakan. Dalam video dibawah ini anda lihat bagaimana Anwar Ibrahim mewakili pemimpin Pakatan Pembangkang menyatakan desakan demi desakan untuk pihak SPR menggunakan Dakwat Kekal.

Penulis pasti selepas membaca begitu banyak sokongan terhadap penggunaan Dakwat Kekal , ramai antara pembaca rasa ianya benar-benar selamat dan menjamin pilihan raya yang lebih adil dan telus. Betul?

Mari kita lihat :

   

Dakwat Kekal ini tidak kekal dan tidak sesuai untuk digunakan oleh Malaysia dalam menghadapi proses Pilihanraya. Penggunaan Biometrik disarankan untuk ketelusan pengundian.

Jelas terbukti buat kita seluruh rakyat Malaysia bahawa Dakwat yang dikatakan kekal ini adalah tidak Kekal sama sekali sepertimana yang dinyatakan oleh pemimpin Pembangkang. Malah tuntutan pihak BERSIH yang mendesak SPR menggunakan Dakwat Kekal pada PRU 13 juga jelas terbukti agenda Jahat yang dirancang bersama PKR, PAS dan DAP demi memenuhi hasrat mereka menjatuhkan kerajaan dengan cara yang tidak sihat.


Indelible Ink
Dikeluarkan oleh syarikat GLC Mysore Paints & Vanish Ltd
dari negara India.
- Sebotol Indelible Ink mampu menampung seramai 700 orang pengundi
-Kekal 2 ke 3 di jari hari tampa menggunakan apa apa pencuci.



Cleaning 1 - Mengandungi Sodium Hydroxide Solution
yang boleh diperolehi di farmasi, Hardware

Cleaning 2 - Mengandungi Alcohol with Turtentine
yang boleh didapati di Farmasi dan kedai Hardware

Panic Stone - Sering digunakan untuk membersihkan Kuitik
Kapas - Boleh diperolehi di Farmasi


Diatas ini merupakan bahan bahan yang mana terdiri dari Dakwat Kekal (Tak kekal pun) dan alat serta bahan peluntur yang digunakan bagi menghilangkan Dakwat yang dituntut oleh PAS,PKR dan DAP pada PRU 13 nanti.

APA MOTIF PAS, PKR & DAP YANG SEBENARNYA DALAM ISU DAKWAT KEKAL?

Untuk makluman semua, pihak pakatan pembangkang beriya iya mendesak SPR untuk menggunakan dakwat Kekal adalah bertujuan untuk mencetuskan huru hara dihari pengundian dijalankan pada PRU 13 kelak.

Caranya mereka akan memanipulasi keadaan yang mana mereka Jentera yang telah dilatih dalam menghilangkan dakwat Kekal akan menjalankan tugas menghilangkan dakwat yang ditanda dijari pada pengundi yang telah selesai bagi membolehkan pengundian dijalankan sebanyak 2 mahupun 3 kali dalam satu satu masa.

Bila berlaku hal sedemikian maka akan ada pula kumpulan yang yang memboikot sewaktu proses pengundian berjalan yang mana kita sendiri boleh bayangkan situasi yang tegang akan berlaku disetiap pusat pembuangan undi. Dalam hal ini yang akan memperolehi keuntungan besar adalah Pakatan PAS, DAP dan PKR yang mana mereka akan menyatakan kepada rakyat bahawa proses pengundian telah tercemar dan tidak telus kerana ada yang telah membuang undi lebih dari sekali.

Setelah kekecohan ini berlaku pihak Pakatan Pembangkang akan memastikan agar pilihanraya diadakan semula dan tidak mustahil pada waktu ini rakyat akan terhasut dengan Agenda Pakatan Pembangkang yang menyatakan Barisan Nasional iaitu kerajaan menggunakan taktik kotor dalam proses pengundian.

Dan percayalah bahawa jika diadakan Pilihanraya semula walaupun tampa Dakwat Kekal Pakatan Pembangkang yang mana setelah tamat proses pengundian bukan lagi sebagai Pembangkang sebaliknya Kerajaan Malaysia. Ini lah motif utama mereka Pakatan PAS, DAP dan PKR kerana mereka tahu Rakyat mudah dihasut dalam proses pilihanraya dan itulah juga peluang buat mereka bagi menawan Putrajaya.


Dengan bukti VIDEO yang ditampilkan diatas maka seharusnya pihak Pakatan Pembangkang Menafikan dan menidakkan apa yang terkandung dalam video tersebut. Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Lim Kit Siang, Wan Azizah dan juga seluruh pemimpin Pakatan Pembangkang mesti memberikan BUKTI bahawa Dakwat Kekal yang mereka perjuangkan tidak akan HILANG dalam masa 5 minit.


Indelible Ink (idea Pakatan) - utk buktikkan orang tu sudah pun mengundi. Tapi tak mengesahkan pengenalan orang tu.

Biometrik(idea Kerajaan) - mengesahkan identiti individu utk mengundi dan seterusnya direkodkan individu tersebut telah mengundi.

Yang mana Pilihan Anda?

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sistem Biometrik klik disini

Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada PapaGomo kerana berjaya mendedahkan takik buruk ini.! Syabas!




2 comments:

  1. Cadangan Indelible Ink adalah cadangan kolot dan out dated. Malaysia ke arah status negara maju. Malaysia harusnya guna kaedah terbaru seperti terpakai di negara-negara maju seperti Amerika dan Australian dan tidak seperti di Congo atau Nigeria. Anwar dan sekutu selalu mencontohi sistem kerajaan dan demokrasi ala USA,UK dan Australia. Kenapa dalam soal masih mendesak sistem kolot yang di pakai pada zaman buta IT? Pakatan pembangkang mesti ada muslihat di sebalik tuntutan guna Indelible Ink.!

    ReplyDelete
  2. Beriya iya nak tuduh pembangkang. tapi cara - cara untuk hilangkan dakwat kekal disebarkan oleh 'PEMBLOGER' BN...Kuncu2 BN sering syok sendiri dengan menuduh...tapi punggung sendiri x tau nak cuci macam mana...

    ReplyDelete