Thursday, November 17, 2011

PM @NajibRazak menang 'Nambikkai' kaum India !



'NAMBIKKAI' Perkataan Tamil yang kerap digunakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak dalam hampir kesemua ucapan beliau.


'Nambikkai' bermaksud 'Kepercayaan' kini menjadi satu cogan kata seperti #1Malaysia yang semakin popular diantara sahabat-sahabat India di Malaysia.

Gambar diatas(pertama dan kedua) ini menunjukkan Kad Deepavali yang diterima dari Perdana Menteri yang dikasihi. Kad ini dihantar oleh beliau kepada semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional termasuk sayap-sayapnya sekali. Pendekatan yang digunakan oleh YAB PM ini menarik,dan harus diakui beliau ikhlas dalam apa yang dimaksudkan dengan 1Malaysia.

Juga terbukti 'Nambikkai' kaum India kini kembali kepada Barisan Nasional dengan 62% sokongan Kaum India menyokong PM berdasarkan survey yang dibuat Universiti Malaysia (klik sini) . Ini satu petanda yang baik untuk Kerajaan dan penulis harap sokong yang padu dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terus diberikan kepada PM dan kerajaan dalam meneruskan misi dan wawasan 2020.

p/s : Mari kita promote 'Nambikkai' di Twitter/Facebook dan Blog

Klik sini untuk artikel berkenaan Nambikkai yang keluar di The Star

Reactions:

0 comments:

Post a Comment