Tuesday, September 27, 2011

Rosmah curi cincin 24 Juta?





Kecoh apabila Pakatan pembangkang mendakwa Datin Seri Rosmah isteri kepada Perdana Menteri Dato Seri Najib telah membelanjakan RM24.4 Juta bagi membeli sebentuk cincin.

RM24.4 Juta bagi sebentuk Cincin?

Pembangkang akan menyerang habis Habisan D.S.Rosmah memandangkan serangan bertali arus ke atas D.S.Najib Razak Gagal dan semakin hari Najib Razak mendapat tempat dihati rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini.

Matlamat mereka adalah satu apabila Rosmah Mansur diserang maka tempiasnya akan tercalit kepada Najib Razak. Itu lah agenda mereka Pakatan pembangkang yang setiap hari makan Minum mereka adalah Fitnah semata mata.

Takkan lah kita tidak mampu Berfikir, Jika Datin Seri Rosmah beli cincin berharga 24.4 juta tu dan beliau seorang isteri Kepada Perdana Menteri beliau boleh pakai sahaja cincin tu dan tidak perlu untuk mengistihar barangan dilaluan Kastam. Rosmah boleh lalu sahaja dihadapan Kastam Malaysia.

Selama ini pakatan Pembangkang kata Datin Seri Rosmah berbelanja puluhan Juta membeli lain lain barang takkan lah tidak ada bukti Bergambar sepertimana yang mereka keluarkan sekarang dalam isu FITNAH Cincin 24.4 juta ni?

 Membaca artikel diblogg Chegubard PKR(orang yang pertama membuat 'pengbongkaran' ini) yang memang kita tahu dia ni tidak ada apa apa yang boleh di banggakan melainkan Fitnah dan Rekayasa yang dimainkan berulang ulang kali dan serangan Chegubard ke atas D.S.Rosmah dan juga musuh Tradisinya Shamsul Iskandar Ketua AMK.

Mari kita Ulas apa yang Chegubard kata dala laman Blogg nya:


"Ingatkah kita dengan sejarah Imelda Marcos, wanita no.1 Filipina. Satu ketika dahulu negara itu sama tarafnya khusus dalam bidang ekonomi dengan kebanyakan negara rantau ini termasuk Malaysia. Namun negara itu hancur kerana rasuah yang tak terbendung. Lebih cepat kehancurannya kerana wujudnya wanita pertama yang rakus , Imelda, maka negara tersebut seperti tak mampu lagi bangkit hingga kini.
Ketika rakyat susah Imelda berbelanja mewah. Namun bila rakyat bangkit beliau dan suaminya terpaksa hidup dalam buangan.
Dalam negara ini kita telah ada tokoh yang lebih 'menggila dari itu'... Ketika rakyat susah Imelda Malaysia terus bermewah. Seperti di Filipina ketika dulu juga wajah Imelda Malaysia ini juga diwajahkan dengan perbagai propaganda untuk menipu rakyat. Dan jika ada rakyat yang masih bangkit melawan maka akan dilabel perbagai gelaran negatif dan akan berdepan tindakan undang-undang.
Di bawah ini lihatlah 'print screen' dari sistem Kastam. Pembelian cincin belian bernilai RM24.4 juta... Ia dibawa masuk tanpa sebarang cukai !!! Imelda Malaysia sila jawab dan jelaskan"

Dari Blogg Chegubard

Kita sendiri boleh nilai kenapa sepatah kata pun Chegubard tidak sebut nama Datin Seri Rosmah Masur dalam artikel nya. Tajuk di Blogg nya hanya menyatakan Imelda Rosmah kenapa tidak sebut nama Datin Seri Rosmah? kenapa hanya sebut Imelda Malaysia? Takut disaman?

Itu lah dia pakatan pembangkang yang sememangnya mereka ini hanya pandai menimbulkan isu dan kemudiannya disebarkan bagi menghasut rakyat Malaysia agar percaya dengan Fitnah yang di jaja.

Jika benar Chegubard mempunyai bukti kukuh dalam isu yang diwar warkan ini adalah baik sekiranya beliau Tampil dengan berani dengan menyebut nama penuh Datin Seri Rosmah dan menyebut dengan jelas bahawa segala yang dinyatakan adalah benar sama sekali. Malah Gambar Datin Seri juga wajar ditunjukkan bagi menguatkan Keberanian Chegubard dalam memperjuangkan kebenaran.

Bukan sekadar main Sorok sorok wahai Chegubard dan juga pimpinan Pakatan Pembangkang. Jika benar apa yang didakwa maka tampil ke hadapan dengan segala bukti yang ada. Jangan berlindung lagi kerana rakyat inginkan kebenaran.


1 comment: