Thursday, September 15, 2011

September 16 - Kepada yang lupa dan yang tidak tahu!

Tarikh 16 September bukan saja perlu diketahui sebagai hari penubuhan Malaysia, 48 tahun lalu, malah perlu diingati sebagai tarikh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan pembohongan besar kepada rakyat.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu melakukan pembohongan besar kononnya akan dapat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 16 September 2008.
Beliau berkata, bagi menjayakan rancangan itu, Anwar sanggup mengaitkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), namun tidak berjaya.

Pembohongan Anwar termasuk mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dan mendakwa Panglima Angkatan Tentera merestui rancangan pembangkang mengambil alih kuasa pada 16 September 2008, didedahkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim selepas mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas pada 12 Februari lalu.

Muhammad Zahid berkata, rakyat perlu sedar dan insaf bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana tidak jujur kepada rakyat untuk membangunkan negara.






Kronologi PEMBOHONGAN ANWAR & PAKATAN RAKYAT mengenai angan-angan kerajaan baru :

sumber : Blog Idealismalaysia

8 Mac
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, PKR, Pas, DAP dan seorang Bebas memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Pakatan pembangkang memerintah di lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

1 AprilAnwar mengumumkan PKR, Pas dan DAP membentuk Pakatan Rakyat (PR) untuk menyatukan kerjasama antara mereka.

23 AprilDi Kota Kinabalu, Anwar berkata, PR sudah bersedia untuk membentuk kerajaan dan mempunyai cukup Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bersedia melompat parti.
Anwar juga menegaskan pertukaran kerajaan akan berlaku selewat-lewatnya pada 16 September iaitu hari pembentukan Malaysia.


24 AprilTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada seorang Ahli Parlimen BN akan melompat parti dan mendedahkan Anwar "sedang mengarah sebuah permainan politik".

25 April
Anwar mengulangi keyakinannya untuk memerintah negara dan mewujudkan kerajaan baru kemungkinan pada bulan Jun, Julai atau 31 Ogos namun tetap tidak melebihi tarikh 16 September.


28 Jun
Bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa dia telah diliwat majikannya.


3 Julai
Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata kemungkinan terdapat penangguhan pada rancangan mereka membentuk kerajaan baru tetapi ia tetap menyatakan 16 September sebagai tarikh Anwar menjadi Perdana Menteri.


10 JulaiKetua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan notis usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pejabatnya di bangunan Parlimen.

31 Julai
Dr. Wan Azizah meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.


26 Ogos
Anwar mengekalkan penguasaan PKR di kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila memenangi pilihan raya kecil kawasan itu. Dia menyatakan kerajaan baru akan dibentuk menjelang 16 September.


8 SeptemberSeramai 49 anggota Parlimen BN berlepas ke Taiwan bagi melakukan lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian yang diamalkan di negara kepulauan itu namun didakwa pembangkang sebagai langkah untuk menyekat perubahan pemerintahan.

12 September
Pemimpin PKR berlepas ke Taiwan selepas anggota Parlimen BN dalam perjalanan pulang ke Malaysia.
PKR mendakwa memperoleh cukup ahli untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September namun ia tidak berlaku walaupun ia tetap mendakwa proses itu akan terjadi dalam sedikit masa lagi.


15 September
Anwar yakin boleh menubuhkan kerajaan baru tetapi memberi tempoh dua minggu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan rundingan.


16 SeptemberAnwar yang mengadakan sidang akhbar di Petaling Jaya mendakwa mempunyai senarai 31 nama Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti tetapi enggan mendedahkan nama-nama wakil rakyat terlibat.

Sehingga hari ini , 3 tahun berlalu, pelbagai alasan diberi Anwar tetapi tidak perlu mengaku beliau  berbohong..sebagai rakyat yang waras penulis pasti kita semua dapat menilai perbezaan antara seorang pemimpin dan penipu.. jangan terpedaya lagi wahai rakyat Malaysia!


0 comments:

Post a Comment