Sunday, September 18, 2011

Sekolah Tamil Ditindas? Fakta atau Auta?

Penulis terkilan  melihat Prof .Dr.Ramasamy berkokok kononnya kerajaan P.Pinang lulus 2 ekar tanah untuk SRJK(T) Batu Kawan. Kerajaan BN lulus berpuluh-puluh ratus ekar tanah dan berjuta-juta ringgit untuk pembinaan sekolah Tamil bahkan menanggung gaji guru-guru sek.Tamil.Tapak bagi SRJK Bt.Kawan telah dikenalpasti oleh BN sebelum PRU12 dan cuma tunggu untuk kelulusan EXCO. Tiba-tiba Pakatan Pembangkang (PR) menang dan mendakwa dia yang lulus tanah sek.Tamil Bt.Kawan dalam masa 2 tahun!..Satu pembohongan besar  Pakatan Rakyat!
p/s : Semalam TPM Tan Sri Muyuddin Yassin memperuntukkan RM6.3Juta untuk bangunan baru sekolah tersebut.
Menyentuh logik bodoh penyokong Pakatan Pembangkang  yang fitnah mengatakan sebanyak 1052 atau 1028 sekolah dibina sebelum Merdeka,ingin penulis memberi ulasan menyenainya :
Rev Hutching melahirkan sekolah Tamil pertama di Penang Free School di 1816. Pada 1850 ,Sekolah Tamil Anglo dibina di Melaka. Rev Abraham membina Sekolah Tamil Anglo di Kuala Lumpur pada 1896. Pada 1905, Sekolah Tamil  Thamboosamy Pillai dibina di Kuala Lumpur. Sekolah Tamil Appar pula dibina oleh Swamy Athmaram pada tahun 1937. Pada 1923, Kerajaan British luluskan Kod Buruh yang membolehkan pembinaan sekolah Tamil di semua estet-estet untuk anak pekerja ladang.
 
Jadi dengan itu keseluruhannya adalah 235 sekolah Tamil pada tahun 1925 dan meningkat kepada 333 pada 1930. Pada Tahun 1947, Tanah Melayu mempunyai 741 sekolah tetapi menurun ke 657 sekolah pada tahun 1970. Pada tahun 1980 ia menurun ke 589,547 pada tahun1990 dan 523 pada tahun 2007 hingga kini.
Jadi mana datangnya 1052 atau 1028 seperti yang difitnah oleh pembangkang??
Disebaliknya jumlah pelajar di sekolah Tamil pula meningkat dari 33,945 pelajar pada tahun 1947 kepada 96,120 pelajar pada tahun 1990 dan kepada  90,127 pelajar pada tahun 2003 dan 105,618 pelajar pada tahun 2007 dan meningkat kepada 108,000 pelajar pada tahun 2010 kerana galakan dan dorongan guru-guru dan ibu bapa Tamil. Begitu juga , jumlah guru-guru yang latih di Sek. Tamil juga telah meningkat kepada 7,126 guru pada tahun 2007 dan 9072 pada tahun 2010.Dalam pada itu , sebanyak 154 sekolah adalah sekolah bantuan penuh dan sebanyak 376 71.5 sekolah Tamil disediakan dengan bangunan dan kemudahan yang baik. Bakinya akan diperbaiki dan disediakan kemudahan yang sempurna dalam rancangan Malaysia 10 dan seterusnya.
FAKTA : 22 Sekolah mempunyai kurang dari 15 pelajar
 Jadi, BN tidak menyebabkan kekurangan jumlah sekolah Tamil malah bertanggungjawab menyediakan bangunan, guru-guru yang latih dan menanggung gaji yang berjuta-juta ringgit.Antara beberapa faktor yang menyebabkan Kekurangan jumlah sekolah Tamil adalah ibu bapa Tamil tidak hantar anak mereka ke sek.Tamil, ladang-ladang getah dijadikan ladang kelapa sawit dan pekerja ladang berpindah ke Bandar kerana ladang-ladang jadi tapak pembangunan dan projek perumahan. 
Apakah menjadi budaya bagi orang Pakatan Pembangkang (PR) memutar belit fakta untuk kepentingan politik?
Fikir-fikirkan lah...


1 comment:

  1. i too never heard there were 1000 over tamil schools before this! what's their source? as far as i know, the most number of schools were 888 in the year 1957.

    also, can you publish the source of your information. for sake of transparency, you know.

    its good to know the number of students increased (probably because indian population also increase nearly 2.2 times since 1957) but why is that? why some schools have few students, while others have too many students? what causes the imbalance? is the condition of some schools? or their location? do you think by relocating some of the schools would help reduce overpopulation issues?

    maybe MIC can help to provide breakdown of students vs schools and identify which schools are having high population?

    do you think its an oversight that when lands are converted, the schools are forgotten (along with the community)?

    i think perhaps should compare tamil schools with other schools as well to show how good (or bad) things are. perhaps we can show that tamil schools have better (or even best) facilities on average if compared to other schools. that would be a strong point indeed.

    do note we will have 524 schools (+ 1) after the paya besar school in lunas is completed. so, after years of reduction, we finally have an increase. i just hope that another school elsewhere is not shut down and bring in back to 523.

    ReplyDelete