Seperti yang kita tahu, ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh yang baru mendapat anak menyeru JPN letakkan bangsa anaknya sebagai 'ANAK MALAYSIA' ... klik disini untuk mengetahui secara lebih lanjut !
Mari kita selidik sedikit menyenai isu ADUN Subang Jaya ini :
Buku Jingga ,Muka 20 , ada mengatakan bahawa 'Hak Istimewa orang Melayu Terjamin' ..Ini bermaksud ianya hanya sah jika rakyat diklasifikasi berpandukan kaum . Jika tidak, Buku Jingga perlu diperbaiki usulnya..adakah Pakatan bersedia untuk melakukan pindaan dan mengaku bahawa Buku Jingga merupakan buku yang tak sempurna???
Mari kita selidik sedikit menyenai isu ADUN Subang Jaya ini :
i) Hannah berkhawin dengan lelaki berketurunan India dan dikurniakan dengan seorang bayi perempuan.
ii) Hannah tidak mahu mendaftar anaknya sebagai berketurunan Cina mahupun India tetapi 'Anak Malaysia'
iii)"Oleh kerana bagi menjamin kepentingan anak mereka, pasangan itu mendaftarkan Shay sebagai berbangsa Cina buat masa ini." -petikan dari MalaysiaKini.
Persoalannya :
PERTAMA
Mengapa Hannah tidak mahu anaknya didefinasikan dalam keturunan Cina atau India tetapi mahukan anaknya didaftar sebagai Anak Malaysia? Jika Hannah benar benar ikhlas atas perjuangannya ,beliau sepatutnya berjuang untuk semua bayi yang dilahirkan agar diklasifikasikan sebagai 'Anak Malaysia' bukannya untuk anak sendiri sahaja..kenapa beliau tidak menyaran Kerajaan Negeri Selangor untuk mengeluarkan/membuang semua ruang bangsa dalam semua borang rasmi negeri tersebut dan digantikan dengan 'Anak Malaysia'???
Maka jelas kelihatan bahawa perjuangan ini adalah untuk kepentingan sendiri atau boleh juga dikatakan untuk kepentingan politik beliau sendiri..
KEDUA
Apa yang dimaksudkan dengan : "Oleh kerana bagi menjamin kepentingan anak mereka, pasangan itu mendaftarkan Shay sebagai berbangsa Cina buat masa ini." ??
Kenapa tidak India(mengikut suami)?? Apakah 'kepentingan' yang dimaksudkan ?? Adakah Hannah MALU untuk mengaku bahawa anaknya berketurunan India???Bukankah ini satu diskriminasi kaum amat jelas ??Penulis percaya Hannah dan suaminya berkhawin atas dasar cinta yang kononya buta.. Cinta yang tak kenal warna,rupa dan bangsa kini bertukar menjadi rasis menolak hakikat bahawa anaknya keturunan India....bukankah ianya begitu??
KETIGA
Sah perjuangan Hannah adalah untuk kepentingan diri sendiri apabila beliau gagal mendapat sokongan dari PKR mahupun PAS.... Kenapa Nurul Izzah,Ahli Parlimen Lembah Pantai tidak menyokong dan memberi apa-apa ulasan mengenai isu ini??Kenapa Nurul Izzah yang baru melahirkan anak tidak minta JPN agar anaknya didefinisikan sebagai Anak Malaysia ?? Bukti kukuh ini jelas menunjukkan Hannah cuba mencari publisiti murahan dan perjuangan ini semata-matanya untuk kepentingan sendiri!!
Apakah logiknya ruang bangsa dibuang??
Maka penulis berharap, Hannah akan insaf dan tidak menjadikan anaknya sebagai pekakas politik murahan.. Maruah keluarga dijual semata-mata untuk mencari publisiti..
Fikir-fikirkanlah!!
i'm also wondering why didn't choose as "india". or at least should have put "lain-lain" to be fair.
ReplyDeleteWhy do we have to be so sceptical over something that could have a positive impact for all of us?? If its being fought for and its nothing bad why do we hv to try so hard to prove that the person fightin for it has her motives? Why are we so pesimistic?
ReplyDeleteJust wonder,why Hannah didn't fight for other children as well?? Her motive certainly a good one but there is also a hidden agenda in it..don't u think so? If she is really sincere, then I m behind her back.... And I wonder why she put her child as Chinese not Indian in her BC?There's no requirement for any of us to disassociate from our father's origin in order to become a Malaysia.Mere removal of race column in Birth Cert doesn't solve situation.Would that make us more Msian than others?
ReplyDeleteThis is purely my theory:
ReplyDelete1)Once she get's this for her child, more people would be able to use it as an example and can fight for the whole system to change. You have to start somewhere right?
2)Who cares if it's chinese or indian right now? If her husband is ok with it, who are you to judge...its their right as the parents...and frankly speaking, it's really none of anyone's business.
3)I was born a Malaysian, and therefore someday I hope I can write Malaysian as my race,not Indian. Remember, there's a clear distinction between race and ethnicity.
Stop making small, trivial things bigger by making it a ploy of the opposition. With someone as respectable as you, I would expect more balanced comments.
But this is all my personal view. Just something for you to ponder upon.
Hello There Mr excellent,mohon di pautkan blog saya Uruk mediauruk.blogspot.com di halaman tuan...terima kasih yaa!!
ReplyDeleteSudah di-linkkan tuan
ReplyDelete