Thursday, June 2, 2011

Lim Guan Eng minta nyawa dari Barisan Nasional!! Mesti Baca!!

Lim Guan Eng DAP memang seorang pemimpin yang tidak sedar diri dan tidak mahu mengaku kelemahan diri. Sikap beliau itu sungguh memuakkan kita semua. Isu PAAB menyerlahkan lagi sikap beliau itu.

Kita pun tahu PBA mencatatkan keuntungan bersih yang selari dengan revenue syarikat tersebut. Pada tahun 2007 (ketika BN memerintah Pulau Pinang) revenue PBA ialah RM181.549juta keuntungan bersih RM43.973juta tetapi pada tahun 2009 (ketika DAP memerintah) revenue PBA ialah RM184.695juta tetapikeuntungannya hanya RM14.817juta !





Rujuk di bawah :-


Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada awalnya enggan untuk meluluskan penghijrahan aset air kerajaan negeri kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) di bawah Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, sebagai Pengerusi Perbadanan Bekalan Airi (PBA),saya tidak mempunyai pilihan lain melainkan mencari penyelesaian memandangkan Kerajaan Negeri BN sebelum ini telah bersetuju untuk menyerahkan aset air Negara kepada Kerajaan Persekutuan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 - Lim Guan Eng.
Padahal isu 'tidak mempunyai pilihan lain' itu sebenarnya adalah ketidakmampuan beliau untuk menjana wang untuk menyediakan prasarana kepada rakyat. Kerajaan Persekutuan BN yang sering beliau kutuk dan hina akhirnya menjadi tempat mengadu dan meminta tolong. Baca di bawah :-
Kerajaan Negeri Pulau Pinang memerlukan modal yang besar untuk sistem bekalan air dan penstrukturan semula perlu dilaksanakan bagi memastikan operasi dan pembekalan bekalan air mencukupi. Kami berharap agar inisiatif ini dapat meringankan bebanan kewangan negeri dalam membangunkan sumber bekalan air dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan bebanan untuk meninjau kenaikan kadar tarif air pada masa hadapan. Pulau Pinang bergantung kepada janji Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan Negeri dan PBAPP tidak perlu bergantung pada peruntukan pinjaman dari mana-mana institusi kewangan pada masa hadapan - Lim Guan Eng.
Beliau sedar kerajaan Persekutuan BN adalah tempat beliau bergantung tetapi beliau masih memperlekeh-lekeh dan sering bersikap 'lembu punya susu sapi yang dapat nama'. 

Malah, entri terbaru beliau 
'Perjanjian Berkaitan Penstrukturan Semula Air di Pulau Pinang Di Antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan' turut menyerlahkan satu lagi sikap negatif Lim Guan Eng.Beliau tidak mengucapkan terima kasih! Kenapa?

Berat sangatkah mulut Setiusaha Agung DAP itu untuk mengaku dan berterima kasih kepada parti Barisan Nasional (BN)?

Dan orang seperti beliau itu yang nak diharapkan untuk menjadi Ketua Pakatan Rakyat?



Ehsan : Blog Dr.Novandri

0 comments:

Post a Comment