Kerajaan perlu membuat pertimbangan menggubal undang-undang untuk menghalang wanita daripada memakai "tidak senonoh" pakaian.'' - Ahli Parlimen Rantau Panjang , Siti Zailah Mohd Yusoff
Terkilan penulis selepas membaca kenyataan dari Ahli Parlimen Rantau Panjang yang menuduh cara pakaian kaum Hawa yang kononnya punca rogol itu berlaku. Beliau juga menyeru kerajaan agar mengubal undang-undang untuk menghalang wanita daripada berpakaian 'tidak senononh'.
Jika sebelum ini Nik Aziz pernah berkata ' Tidak salah untuk perempuan yang berpakaian tidak senonoh dirogol' , kini kita mempunyai seorang lagi pemimpin dari PAS yang berfikiran kolot .
Penulis setuju berpakaian tidak senonoh sudah semestinya bukan budaya kita akan tetapi apakah ia menjadi faktor utama yang mendorong kes rogol berlaku??
Apakah begini cara pemikiran ekstremis agama seperti PAS??
Jika anda belum baca artikel mengenai PAS sebelum ini, kini disini :
Jom kita kaji kes rogol satu persatu :
Kanak-kanak perempuan 12 tahun dirogol dan dibunuh pada 8 Mei 2013 . Dua suspek lelaki berusia 19 dan 24 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan kes berkenaan
Artikel Penuh: sumber
Kemungkinan besar kanak-kanak 12 tahun ini berpakaian bikini? betul??
13 August 2012 - Seorang lelaki 20-tahun cuba merogol neneknya selepas mengadu kepada tidak boleh mendapatkan teman wanita.
Sumber (klik disini)
Nenek itu berusia 61 tahun. Mungkin juga berpakaian seksi? apa kata nenek??
2011/05/12 - Seorang wanita warga emas berusia 80 tahun trauma selepas dibelasah, dirompak dan dirogol lelaki yang memecah masuk rumahnya berhampiran ladang kelapa sawit dekat sini, malam Isnin lalu.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang tinggal berseorangan di rumah berkenaan terkejut apabila disergah seorang lelaki menutup muka menggunakan kain.
sumber : (klik disini)
Nenek berpakaian ketat?
Ibarat haruan makan anak, itu tindakan seorang lelaki yang tergamak melepaskan nafsu serakah ke atas anak kandungnya sejak 2011 hingga 4 April 2013.
Lebih menjijikkan bapa berusia 46 tahun itu dikatakan sanggup memberi mangsa ubat perancang kehamilan sebelum mangsa didatangi haid dan melakukan hubungan kelamin bagi mengelak mangsa hamil.
Sumber : (klik disini)
Mungkin anaknya pakai G-String? mungkin....
19 Jun 2013 - Seorang pengawal keselamatan menerima padah apabila dihukum penjara 10 tahun dan sebatan lima kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mencabul dan memperkosa anak tirinya yang berusia sembilan tahun enam bulan, awal bulan ini.
Sumber : (klik disini)
Anak sembilan tahun berpakaian seksi dirumah? Mungkin
28 Nov 2012 - Polis menahan seorang lelaki berumur 40 tahun yang dikaitkan dengan kes rogol dan pembunuhan kejam seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di Kota Matudu, Sabah.
Sumber : (klik disini)
Pelajar berumur 16 tahun?? berpakaian seksi?
Dua beranak, termasuk remaja lelaki berusia 16 tahun yang ditahan polis selepas disyaki menodai seorang bayi perempuan baru berusia 20 bulan.
sumber : klik disini
Bayi itu pakai pakian mandi kot??
______________________________________________________________________________
Adakah pakaian itu menjadi faktor pendorong kepada rogol? Bayi dirogol...Anak dirogol...
Penulis rasa , AHli Parlimen PAS perlu berfikiran lebih luas.. Penulis disini tidak mengalakkan pakaian yang menjolok mata tetapi ingin menegaskan agar jangan kita salahkan wanita dalam hal ini.
Adakah wanita akan merogol lelaki yang berpakaian menjolok mata?? TIDAK.
Jadi apakah salahnya mereka megharapkan perkara yang sama dari lelaki?
Apakah rogol tidak akan berlaku jika wanita menutup penuh aurat?? tidak.. Arab Saudi merupakan negara Islam yang menggunakan undang-undang Shari'a sebagai simtem perundangannya. Wanita dinegara itu tidak dibenarkan untukberpakaian ketat atau terdedah. Akan tetapi kadar kes rogol yang dilaporkan TINGGI!!! sumber (klik disini)
Jangan kita cuba salahkan wanita yang berpakaian ketat dan berseluar pendek ,sebaliknya mengajar kaum Adam untuk bersikap lebih baik terhadap kaum Hawa.
'Majulah Sukan Untuk Negara'
PENULIS
Good write up
ReplyDeleteThank you for sharing
ReplyDeleteI love u penulis cz fakta dan pdgna u jelas sekali...................Patut dfahami oleh lelaki yg jahat dan busuk hatinya..(bukan semua)..tq
ReplyDeletesoalan pertama:
ReplyDeleteapa yg merangsang nafsu seorang lelaki?a)pokok pisang b)kereta sport c)wanita cantik dan seksi
(soalan ini terbatal kiranya anda gay)
soalan kedua:
sekiranya lelaki normal terngsang nafsu nya, apa akn dia buat apa? sekiranya bkn lelaki normal cth:pengambil dadah,penjahat,gila seks contoh yg anda tnjukkn tak terpakai pada lelaki normal y terangsang nafsu nya..ingt dunia sekarang rmai org cerdik tp krg sihat dr segi mental n moral..sekian..tenkiu.. :-)
the other side of the coin. Thanks
ReplyDeleteTengok perempuan pakai seksi boleh jadi horney tau. Kalau mau lepas itu horney balik rumah pak cicin boleh settle. Sendiri bikin pak cicin kira otak normal lah.
ReplyDeleteGua mau tanya sama lu, itu on the street ada ramai orang, lu ingat semua orang ada otak normal ke. Kalau semua orang otak normal mesti pencuri perompak tak ada.
Habis orang kalau tadak otak sudah horney and lagi pak cicin sudah jemu...so mana lagi mau pergi.
So jangan jadi bodoh pikir semua orang otak sama macam lu.
Prevention is better than cure.
Boleh jadi pandang manusia diatas itu ditolak mentah2, tapi kalau gesaan dari Tuhan dibawah ini jugak ditolak, tak tahu apa lg nak cakap. Yang pasti Allah yang jadikan kita, dia lebih tahu peraturan apa yang lebih berkesan pada manusia dalam mengurus urusan harian mereka
ReplyDelete“Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami sudah menurunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.” (Surah al-A’raaf, ayat 26)