Saturday, May 26, 2012

@HariBelia2012 : Suara Belia Menyokong Najib Bergema Di Putrajaya


PUTRAJAYA, 26 Mei 2012 - N.A.J.I.B, Najib Adalah Jaguh Inspirasi Belia, itulah sepanduk yang diarak 250 belia dari Majlis Belia Pulau Pinang (MBPP) sebagai tanda sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Himpunan Jutaan Belia. 
Wakil MBPP Mohd Rashwan Klawan berkata belia Pulau Pinang itu turut membawa sepanduk memaparkan kata-kata keramat Najib yang mereka kumpul.
"Kami membuat persiapan mengumpul dan menghiasi mutiara kata Perdana Menteri sejak minggu lepas lagi. Kata-kata ini diambil dalam surat khabar. Ini adalah tanda sokongan belia Pulau Pinang kepada PM.
"Kami berterima kasih pada kerajaan kerana memberi peluang kami di seluruh Malaysia berkumpul di sini, dan ini menunjukkan kerajaan prihatin dengan kegiatan sosial kami," katanya.
Tinjauan yang dilakukan mendapati beberapa kumpulan belia membawa sepanduk yang tertulis kata-kata seperti "Kami sokong dasar kerajaan", berarak sejauh 6 kilometer sambil melaungkan 1 Malaysia walaupun cuaca panas terik kerana semangat cintakan negara mengatasi segala-galanya.

Gilaaaa beb!! Himpunan Sejuta Belia pastinya buat Anwar getar!! Hahahaha

Untuk keterangan lanjut  layari : www.hbn.gov.my 


Reactions:

0 comments:

Post a Comment