Monday, October 17, 2011

Anak Guan Eng menuntut di SMJK , 'Malaysia First' ?

Penulis tidak pasti sama ada anak lelaki Lim Guan Eng masih lagi belajar di sekolah ini tetapi saya dikhabarkan salah seorang anaknya pernah menuntut di Heng Ee High School.

SMJK (Cina) Heng Ee ialah sebuah sekolah vernakular di Pulau Pinang.
Anak kepada pemimpin yang paling Malaysian First nampaknya tidak dimasukkan sekolah menengah kebangsaan.


Baru-baru ini pada Sept 17, Guan Eng telah merasmikan pembukaan Bangunan Wawasan, iaitu satu blok baru, di Heng Ee. Bangunan Wawasan yang lapan tingkat itu mempunyai dua dewan serbaguna, perpustakaan, unit ko-kurriculum, bilik muzik serta menyediakan kemudahan ICT.
Dewan Peniagaan Cina Pulau Pinang atau Penang Chinese Chamber of Commerce (PCCC) telah menyumbang sebanyak RM2 juta untuk pembinaan bangunan tersebut.
Presiden PCCC ialah Tan Sri Tan Kok Ping yang sering kelihatan berdampingan dengan Guan Eng. (Lihat gambar-gambar di sini dan kaitan orang ini dengan developer Berjaya Land dan Vincent Tan.)

Screenshot (kanan) pesanan pengetua sekolah Heng Ee adalah dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris sahaja. Tidak ada versi dalam bahasa kebangsaan.

Pengetua itu, Goh Boon Poh, memberitahu dalam pesanannya bahawa orkestra sekolah Heng Ee telah membuat lawatan ke Beijing dan Taiwan pada 2008.

Pada Julai tahun lepas, kumpulan choir sekolah bertanding di Beijing dalam Kejohanan Paduan Suara Antarabangsa China ke-10 dan memenangi pingat emas.

Chinese Cultural Dance Troupe sekolah itu pula bertanding dalam China-Asean Youth Dance Interaction and Competition 2010 lalu memenangi dua pingat emas.

Suatu pameran lukisan berus Cina di dewan sekolah berjaya mengutip derma sebanyak RM100,000 untuk dana pembinaan Bangunan Wawasan yang mana seperti disebutkan tadi PCCC turut menyumbang RM2 juta.

Di bawah ialah screenshot muka depan laman PCCC (yang mana presidennya Tan Kok Ping kelihatan begitu rapat sekali dengan Guan Eng).

Seperti juga laman sesawang Heng Ee, hanya bahasa Cina dan bahasa Inggeris digunakan di laman PCCC.

Apakah sebenarnya pengertian Malaysian First kepada para politikus DAP? Adakah mereka bikin serupa cakap?


Fikir-fikirkanlah...


1 comment:

  1. freedom of education...remember.
    Political rhetorics only to gain public sympathy. Once you got it, it is up to you what to do next

    ReplyDelete