Monday, October 24, 2011

Karam Singh Walia ,kini Bergelar Datuk..Tahniah!


Bernama hari ini melaporkan yang wartawan peribahasa TV3, Karam Singh Walia telah di’kurniakan dengan anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Karam Singh Walia menerima anugerah tersebut bersempena dengan ulang tahun keputeraan Sultan Pahang,Sultan Ahmad Shah yang ke-81 hari ini.
Kepada yang tidak kenal siapa Karam Singh Walia, beliau merupakan wartawan TV3 yang sangat berani mengetengahkan isu alam sekitar & masyarakat .

Mungkin kerana jasanya membongkar masalah rakyaat...
Yang terbaru beliau juga telah mendedahkan bagaimana Kilang Lynas yang bakal beroperasi di Kuantan sebenarnya tidak merbahaya, sebaliknya bakal merancakkan ekonomi Gebeng dengan pelaburan secara langsung RM 2.3 Billion dari Lynas dan beberapa ratus juta lagi oleh sektor industri hiliran hasil daripada kilang Lynas di mana kawasan yang dahulunya terbiar bakal memberikan beribu-ribu peluang pekerjaan kepada masyarakat sekitar.


Satu fakta menarik berkaitan Karam Singh Walia adalah beliau memiliki sebuah buku yang mengandungi lebih 4,000 peribahasa Melayu yang beliau bawa ke’mana mana sahaja sebagai rujukan — untuk 'trademark' beliau.

Blog YIM ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk!!


0 comments:

Post a Comment