Ingat lagi pasangan kontroversi Alvivi -Alvin dan Vivian yang memuatknaik gambar (di bawah) yang menghina agama Islam?
Gambar ini dimuatnaik sekitar bulan Julai 2013 dan menjadi buah mulut pengguna media sosial semenjak itu. Pada 12hb Julai 2013 , ramai NGO dan kesatuan Melayu membuat laporan polis dan pasangan ini ditahan untuk siasatan pada 18hb Julai 2013 iaitu 6 hari selepas isu ini menjadi besar.
Ini pula seorang lagi Facebooker yang baru-baru ini mengemaskini status facebooknya dengan perkataan yang menghina agama serta penganut Hindu. Isu ini menjadi hanya pada 18hb Januari 2014 iaitu sehari selepas Thaipusam. Banyak laporan polis sudah dibuat oleh MIC ,NGO dan persatuan yang mewakili kaum India.
Pemuda MIC yang diketuai Saudara Sivarraajh juga mengecam tindakan pengguna FB ini yang menghina agama dan kepercayaan kaum India terutamanya bagi penganut agama Hindu.
Hari ini , 23hb Januari 2014. 5 hari sudah berlalu. Penulis berharap siasatan akan dijalankan dengan secepat yang mungkin dan membawa orang yang tidak bertanggungjawab ini ke muka pengadilan.
Rakyat kini hanya mahu untuk tunggu dan lihat apa tindakan PDRM ?
Rakyat kini hanya mahu untuk tunggu dan lihat apa tindakan PDRM ?
NO ONE SHOULD BE ABOVE THE LAW.
PENULIS
0 comments:
Post a Comment