Saturday, January 4, 2014

Baca dan Sebarkan! Kisah sebenar SJK(T) Seaport Yang Anda Patut Tahu! @Pkamalanathan

Maklumat dalam artikel ini diperolehi dari Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan II  , YB Tuan P.Kamalanathan. Penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Timb Menteri atas tindakan pantas memberi penjelasan walaupun kini berada di luar negara.

Penafian : Artikel ini mengandungi kebenaran dan kesahihan yang teramat. Jika anda seorang pencacai pembangkang, penulis sarankan agar tidak membaca artikel ini. Kemungkinan besar ia boleh menggangu sistem percernaan anda. Harap maklum.


Sehari dua yang lepas SJK(T) Seaport mendapat liputi yang luas selepas portal Malaysiakini melaporkan berita seperti diatas.


Ramai yang mula menunding jari ke arah kerajaan dan pihak kementerian pendidikan tanpa menkaji isu sebenar perkara ini . Berikut adalah cerita / senario sebenar yang ramai diantara kita tidak tahu.

Sebelum mengulas mengenai isu sebenar , penulis ingin berkongsi sedikit sejarah SJKT Seaport untuk pengetahuan para pembaca. 

Sejarah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Seaport

Pada tahun 1920 Ladang Seaport adalah satu kawasan yang sangat luas dalam daerah Petaling. Kawasan Ladang Seaport termasuk kawasan Sungai Way dan SS2. Pada ketika itu, pihak pengurusan Ladang Seaport bercadang menubuhkan sebuah Sekolah Tamil untuk anak-anak pekerja ladang. Oleh yang demikian, pada tahun 1925 atas arahan Pengurus Ladang En.Enrus sebuah sekolah yang merangkumi 3 bilik darjah telah ditubuhkan.
Guru besar yang pertama ialah En.Ester Raj. Beliau mengambil berat tentang pembelajaran anak murid sekolah ini. Pada masa itu, Malaya terletak dibawah kuasa Inggeris. Oleh itu, sekolah ini beroperasi atas pemerhatian orang Inggeris. Pada tahun 1940 En.Rajan menjadi penyelia sekolah yang pertama. Ketika itu, (1940-1970)  banyak pembaharuan telah dilakukan oleh beliau. Diikuti oleh  En.Arunasalam, En.C.S.Moorthy yang telah menjadi Penyelia Sekolah. Pada masa itu, banyak pembaharuan dan perubahan telah berlaku.
Selepas kemerdekaan negara, banyak projek pembangunan telah dilakukan. Ladang- ladang getah dijual. Penduduk Ladang Seaport dipindahkan dan ditempatkan di rumah panjang. Untuk Sekolah Tamil Seaport tapak sekolah baru diberi di kawasan Kampung Lindungan. Keadaan ini masih terumbang-ambing dan terus kekal.
Keadaan sekolah masa itu tidak menampakkan apa-apa perubahan. Pada tahun 1992 pihak yang memajukan projek perumahan telah membina satu blok yang mengandungi 6 buah bilik darjah. Bilangan murid  turut meningkat. Dengan ini, pada tahun 1995 tiga buah bilik darjah dibina. Pembaharuan dan pemulihbaikan dilakukan. 
Walaupun telah melalui banyak halangan namun sekolah ini masih kekal di sini. Pada Pilihan Raya  2008 pihak kerajaan Negeri Selangor telah memberikan tanah seluas 1 hektar di kawasan Kampung Lindungan. Upacara pecah tanah juga telah dilakukan pada 13.2.2008 oleh pihak kerajaan Negeri Selangor.
Jika sekolah ini dipindahkan ke tapak baru maka dengan sendirinya bilangan murid akan meningkat. Pihak sekolah dan pihak PIBG sangat-sangat mengharapkan pembinaan sekolah baru yang akan menjadi sejarah.



Berikut adalah kronologi pemprosesan pembinaan sekolah baru SJKT Seaport, Kampung Lindungan, Petaling Jaya

(Nota : Terus ke tarikh 29 Januari 2012 jika anda tidak ingin mengetahui kronologi lengkap dari tahun 1985)

9 Mei 1985

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKT Ladang Seaport mengemukakan satu surat berkaitan tapak baru serta bangunan baru sekolah kepada YB Datuk M.Mahalingam.  Antara kandungan suratnya adalah seperti berikut;

Sekolah ini berusia lebih 30 tahun dan ditempatkan di Ladang Seaport, Kampung Tengku, Sungai Way, Selangor . Pada tahun 1983, bulan Disember diberitahu bahawa pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah mengambil alih kawasan tanah  ini untuk menggorekkan beberapa parit besar di sekitar kawasan ini bagi Rancangan Perumahan perbadanan itu. Dengan satu parit besar di antara dua buah bangunan sekolah ini telah memisahkan kawasan sekolah ini dalam dua bahagian yang berasingan. Pihak berkenaan tidak membina  sebarang jambatan yang sesuai untuk menghubungkan kedua-dua bangunan ini. Maka keadaan ini merupakan ancaman kepada keselamatan murid-murid sekolah.

29 Julai 1985

YB Datuk M.Mahalingam mengemukakan satu surat kepada Tuan Pegawai Kerja Kanan Tanah, PKNS berkaitan tapak baru serta bangunan baru sekolah. Dalam suratnya beliau menyatakan bahawa pihak PKNS telah bersetuju memberi sekeping tanah seluas 5 ekar di Kampung Lindungan, Sungai Way bagi bangunan baru sekolah.

16 Disember 1986

Pengurus Besar PKNS telah memaklum kepada Guru Besar tentang pemindahan sekolah. Beliau meminta guru besar supaya memindahkan pelajar-pelajar di sekolah tersebut ke satu sekolah yang lain kerana kawasan tersebut akan dimajukan oleh PKNS sebagai kawasan perumahan. 

19 April 1989

Guru Besar SJKT Seaport, En. Subramaniam memohon bantuan untuk mendirikan sebuah bangunan sementara kepada ADUN Kelana Jaya, YB Tuan Haji Megat Najimuddin.

19 Jun 1989
PKNS mengemukakan satu surat berkaitan cadangan bangunan SJKT Seaport di Kampung Lindungan, Petaling Jaya Selatan. Kandungan suratnya adalah seperti berikut;

i. Pemindahan sekolah dari ladang seaport ke Kampung Lindungan 
ii.. Reka bentuk bangunan sekolah.

23 Jun 1989
Satu perbincangan antara Guru Besar dengan pihak PKNS diadakan pada 23.6.1989 berkaitan pemindahan sekolah ke Kampung Lindungan, Petaling Jaya. Dalam perbincangan tersebut PKNS mengucapkan terima kasih kepada guru besar kerana menegaskan betapa perlunya pihak sekolah keluar dari Ladang Seaport. Ini kerana tapak sekolah tersebut akan dimajukan oleh pemaju Bantu Corporation bagi pihak PKNS. 


28 Julai 1989
Pengurus Besar mengemukakan satu surat tentang status bangunan baru sekolah. Kandungan suratnya menyatakan bahawa pihak PKNS bersetuju mendirikan bangunan sekolah di Kampung Lindungan untuk menggantikan sekolah usang yang ada sekarang kerana ketidakmampuan pihak sekolah membina sekolah sendiri di atas tapak yang disediakan.

22 November 1989

Pihak PKNS menjemput guru besar hadir satu mesyuarat berkaitan cadangan sekolah baru di  Kampung Lindungan, Petaling Jaya Selatan. 

15 Januari 1992

Pihak PKNS memutuskan satu surat berkaitan pembinaan sekolah sementara.  
Surat kandungannya adalah seperti berikut;

Memandangkan tapak di Kampung Lindungan masih lagi dipenuhi oleh setinggan, pihak PKNS bercadang untuk menempatkan sekolah yang ada sekarang ke tapak lain. Sekiranya pihak sekolah bersetuju, PKNS akan memulakan pembinaan sekolah tersebut secepat mungkin. 

17 Januari 1992
Guru besar SJKT Seaport mengemukakan satu surat berkaitan pembinaan sekolah sementara kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Dengan itu, sekolah sementara didirikan di Jalan SS 7/4, Kelana Jaya.


4 Mei 2007

Guru Besar SJKT Seaport mengemukakan surat kepada Pejabat Pelajaran Daerah Petaling berkaitan penyelengaraan untuk sekolah bantuan modal

13 Februari 2008
Upacara Pecah Tanah berlangsung di tapak sekolah baru di Kampung Lindungan. Upacara tersebut dilakukan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri S.Samy Vellu. Namun begitu, ada di kalangan ibu bapa tidak bersetuju dengan pindahan sekolah lalu membuat bantahan. Akhirnya upacara pecah tanah tidak dapat dilakukan dengan sempurna dan tergendala.

17 Januari 2011

Guru Besar SJKT Seaport, En.Ganesan mengemukakan surat kepada Pejabat Pelajaran Daerah Petaling berkaitan membaiki bumbung bangunan sekolah. 

17 Januari 2011
Mesyuarat mengenai pendirian bangunan bagi tapak SJKT di PJS 6/4, Kampung Lindungan, Sunway, Petaling Jaya. Antara perkara-perkara yang diminitkan adalah seperti berikut;

 tapak sekolah tamil dengan keluasan 1.5 ekar akan diwartakan dan tidak akan dibermilik.
Wakil JKR memaklumkan bahawa di bawah Program Rangsangan Ekonomi, terdapat rancangan untuk membina bangunan 3 tingkat yang mempunyai 18 buah bilik darjah bagi SJKT Seaport di Kampung Lindungan, tetapi wujudnya tentangan daripada pihak PIBG sekolah tamil tersebut yang menyebabkan projek pembinaan sekolah  itu tidak dapat dilaksanakan.
Dimaklumkan bahawa tiada lagi bantahan oleh pihak PIBG terhadap pembinaan sekolah tersebut, maka JKR boleh menyalurkan wang peruntukan sebanyak RM 1.2 Juta untuk tujuan pembinaan.
Secara keseluruhannya, pihak sekolah perlu mengemukakan permohonan untuk mewartakan tapak sekolah tersebut.

Namun begitu, pihak sekolah tidak mengambil apa-apa langkah selanjutnya untuk mewartakan tapak sekolah. 

16 September 2011
Namun begitu, selepas Puan M.Panginiammal mengambil alih tugas sebagai Guru Besar SJKT Seaport,  dapat memulakan semula tugas mewartakan tapak sekolah dengan penuh strategik. 


21 November 2011
Guru Besar menghadiri Mesyuarat Mengenai status terkini tapak projek SJKT Seaport di Kampung Lindungan. Dapat perkara yang diminitkan adalah seperti berikut;

Guru besar menjelaskan bahawa permohonan masih belum dibuat oleh LPS kerana terdapat bantahan daripada pihak PIBG. PIBG tidak bersetuju untuk berpindah ke tapak baru kerana mereka mahu bangunan baru dibina di tapak sedia ada.
Pegawai Khas Menteri Sumber Manusia, Encik Nadarajan menyatakan bahawa akan membantu menyelesaikan masalah di antara pihak PIBG. Pihak LPS seterusnya memastikan pihak LPS membuat permohonan mewartakan tapak projek tersebut.

2 Disember 2011
Mesyuarat Lanjutan Status terkini Tapak Projek SJKT Seaport, Kampung Lindungan, Petaling Jaya. Antara perkara yang diminitkan adalah seperti berikut;

Status Permohonan Mewartakan Tapak Projek

Wakil Pejabat Tanah memaklumkan bahawa  tiada sebarang permohonan yang dikemukakan oleh pihak Lembaga Pengelola Sekolah (LPS). Pihak LPS perlu membuat permohonan secara rasmi bagi tapak seluas 1.5 ekar bagi tujuan mendapatkan kelulusan.
Wakil JKR Petaling menjelaskan skop projek adalah Membina dan Menyiapkan 1 Blok Bangunan 4 Tingkat (9 bilik darjah & 23 bilik kemudahan lain) dengan kantin di aras bawah.
Wakil Pejabat Tanah menjelaskan bahawa pihak LPS hanya perlu mengemukakan surat permohonan dan membeli pelan di Pejabat Tanah dengan harga RM40 sekeping.
Wakil Pejabat Tanah memaklumkan proses kelulusan akan mengambil masa 2 hingga 3 bulan.
Wakil JPN mohon pihak sekolah, LPS dan PIBG memastikan SJKT Seaport akan berpindah ke sekolah baru yang akan dibina. Pihak sekolah perlu mengemukakan permohonan perpindahan kepada JPN Negeri Selangor untuk mendapatkan anggaran belanja mengurus sekolah baru.

16 Disember 2011
Guru Besar telah menyediakan semua dokumen berkaitan wartakan tapak sekolah baru untuk dihantar ke Pejabat Tanah. Namun  begitu, pihak pejabat tanah mengatakan bahawa Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar telah mengemukakan perkara baru dalam pembinaan sekolah baru di negeri Selangor. Beliau mengadakan satu mesyuarat di pejabat dan memutuskan bahawa pembinaan sekolah baru di negeri Selangor akan mendapat status pemberimilikan dan bukan lagi wartakan. Keadaan ini memberi kekeliruan kepada pihak sekolah. Namun begitu, pihak sekolah meneruskan tugasnya untuk menyediakan semua dokumen berkaitan pemberimilikan tanah.

29 Januari 2012

Mesyuarat Agong PIBG SJKT Seaport telah diadakan di sekolah. Dalam mesyuarat tersebut, Guru besar, YDP PIBG, Penyelia Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Selangor menyatakan pendirian terhadap pembinaan sekolah baru. Berikut adalah pendirian mereka;

En.V.Kumar (YDP PIBG)
Beliau menyarankan kepada ibu bapa agar tidak perlu membangkitkan isu pembinaan sekolah baru. Pembinaan sekolah baru dijalankan dengan baik. Pada masa kini,ibu bapa perlu fokus kepada pelajaran anak-anak mereka.



Puan M.Panginiammal (Guru Besar)
Beliau menyatakan bahawa pembinaan sekolah baru  sedang dibangunkan
di tapak baru Kampung Lindungan, Bandar Sunway, Petaling Jaya sedang dalam proses. Walaupun pembinaan dijalankan, namun pihak ibu bapa tidak perlu keliru dalam isu ini. Mereka diminta  perlu memberi fokus kepada pelajaran anak-anak mereka.

En.Daniel (Penyelia Sekolah-Sekolah Tamil)
Beliau turut menyatakan bahawa pembinaan sekolah baru dijalankan dengan baik.Pada masa yang sama, diminta para ibu bapa tidak perlu membangkitkan isu-isu lain yang berkaitan dengan pembinaan ini. Ibu bapa wajar memberi fokus terhadap prestasi pelajaran anak-anak mereka. 


29 Februari 2012
Mesyuarat AJK PIBG Kali ke 1/2012. Dalam mesyuarat ini, guru besar memaklumkan bahawa pembinaan sekolah baru sedang  dalam pembinaan. Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) meminta pihak sekolah  menyediakan semua dokumen berkaitan pindahan ini. Dalam hal ini, pihak sekolah memutuskan  supaya membuat satu kajian tentang pendapat ibu bapa terhadap pindahan ini. Ekoran itu, pihak ibu bapa mencadangkan satu mesyuarat khas bersama ibu bapa perlu diadakan dan diputuskan bahawa mesyuarat akan diadakan  7.3.2012 (Rabu) pada pukul 5.30 petang. Walau bagaimanapun, sekiranya pembinaan sekolah baru ini disiap, semua pihak perlu ikut arahan Kementerian Pelajaran untuk pindah ke situ. Kerjasama semua pihak penting dalam hal ini. 


2.3.2012
Mesyuarat Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) telah diadakan. Antara perkara yang diminitkan adalah seperti berikut;

Pindahan Sekolah
Keadaan sekolah kini berada dalam tahap yang kurang baik. Pihak sekolahsentiasa menghadapi masalah dari segi infrastruktur, kebersihan dan keselamatan. Bagi mengatasi masalah ini, pindahan sekolah ke kawasan Kampung Lindungan, Petaling Jaya adalah langkah yang baik. Memaklumkan bahawa status sekolah baru ini masih dalam pembinaan. Pindahan ini membawa banyak faedah kepada murid-murid, ibu bapa, guru dan masyarakat. Antaranya ialah 
a. Suasana pembelajaran yang kondusif
b. Kemudahan infrastruktur yang canggih
c. Penambahan dalam kemasukan murid
d. Keselamatan dan kesihatan yang baik
e. Tahap sukan yang berkualiti  
f. Kemudahan ICT yang canggih
Semua ahli LPS bersetuju sebulat suara dengan pindahan sekolah
ke tapak baru di Kampung Lindungan, Petaling Jaya.



7 Mac 2012
Pihak sekolah mengadakan Mesyuarat Tergempar bersama ibu bapa untuk mendapatkan undian persetujuan bagi pindahan sekolah ke tapak baru di Kampung Lindungan, Petaling Jaya. Berikut adalah keputusan undian;

Guru Besar sebagai Penasihat PIBG Sekolah memaklumkan bahawa pendapat semua ibu bapa akan dibuat melalui cara undian sepertimana dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG Yang Pertama. 

Ada wakil ibu bapa ,En.Ramesh-AJK PIBG  meminta supaya undian diadakan secara tertutup.  Semua pihak bersetuju dengan pendapat beliau. 

Proses undian mula pada pukul 7.00 petang dan tamat 7.30
      petang. 

31 Orang - Setuju
12 Orang - Tidak Bersetuju

Datuk S.M.Muthu Dan En Rashid selaku Orang Perantara telah mengumumkan keputusannya. 

Keputusannya. adalah seperti berikut;
Berdasarkan undian di atas, Datuk S.M.Muthu mengumumkan secara rasminya bahawa ramai ibu bapa setuju dengan pindahan sekolah ke Kampung Lindungan,Petaling Jaya. Keputusan ibu bapa adalah adil dan muktamad.

Pihak PIBG dan LPS telah menandatangani Borang Lampiran A EPRD/ JPS di hadapan para Ibubapa.

Pihak YDP meminta guru besar membuat surat permohonan kepada Menteri Pelajaran berkaitan Mesyuarat JKR

27 Julai 2012
Pihak sekolah telah menyediakan sepenuhnya dokumen-dokumen berkaitan pemberimilikan dan dihantar ke Bahagian Pelupusan, Pejabat Tanah Daerah Petaling untuk tindakan selanjutnya. Pihak Pejabat Tanah telah menerima semua dokumen lalu membuka fail untuk proses seterusnya. Pihak sekolah mendapat nombor fail.

24 Disember 2013
Pertemuan antara YDP PIBG (En. Kumar) dan wakil Ibubapa En. Paramasevam dengan dipengerusikan oleh Ybhg Dato' Pengarah , membincangan berkaitan isu perpindahan SJKT Seaport ke sekolah baru di kampung Lindungan. Antara isu yang diutarakan mengapa mereka keberatan untuk berpindah adalah kerana:

1. Kos tambang bas yang meningkat dari RM60 kepada jangkaan RM140.
2. Mereka memaklumkan kebanyakan ibu bapa dari kawasan Lembah Subang, Kelana Jaya dan Ara Damansara adalah dari kalangan mereka yang kurang berkemampuan.

       Keputusan pertemuan hari ini:

1. Isu tambang yang dikatakan agak tinggi,  pihak LPS SJKT Seaport sedia memberi bantuan berupa bas percuma yang diusahakan oleh pihak gereja atau menampung perbezaan kenaikan tambang berkenaan.

2. Isu berkaitan pelajar yang tidak berkemampuan, pihak Jabatan Pendidikan Selangor telah mengusahakan bahawa kesemua murid yang disenaraikan oleh pihak sekolah sebagai tidak berkemampuan untuk membeli pakaian seragan sekolah akan dibawa ke pusat membeli belah pakaian di Shah Alam pada 8 Januari 2014 jam 12.00 tengah hari.

27 Disember 2013

Pertemuan melibatkan Pengerusi LPS SJKT Seaport, Guru Besar, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Penyelia Tamil JPN Selangor dan dipengerusikan oleh Ybhg Dato' Pengarah mencapai ketetapan berikut:

1.  Pengerusi LPS bersedia untuk menampung perbezaan tambang bas pelajar yang disenaraikan sebagai tidak bekemampuan.

30 Dis 2013

Pertemuan melibatkan YDP PIBG, wakil ibu bapa, Guru Besar, Timbalan Pengarah Selangor dengan dipengerusikan oleh YBhg Dato' Pengarah menegaskan bahawa:

1. Ibubapa yang tidak berkemampuan untuk membayar lebihan tambang akan ditanggung oleh Pengerusi LPS. Ini bermakna mereka hanya perlu membayar kos tambang sedia ada.
2. Bagi keluarga yang tidak berkemampuan membeli pakaian sekolah, pihak Jabatan Pendidikan Selangor telah bersetuju untuk menyediakan kelengkapan tersebut pada 8 Januari 2014 di Pusat membeli Belah Hari-Hari di Shah Alam pada jam 12.00 Tengah hari.
3. Pihak gereja juga bersetuju untuk memberi perkhidmatan pengangkutan sekiranya ibu bapa yang berkenaan bersetuju.

2 Januari 2014
Terdapat 12 orang ibubapa dan 19 orang murid berkumpul dihadapan sekolah SJKT Seaport yang lama. Pihak Jabatan diketuai oleh Tuan Timbalan Pengarah, Pegawai PPD Petaling Utama dan 4 orang pegawai telah hadir ke lokasi dan berbincang secara baik dengan semua ibu bapa. Hasil perbincangan adalah seperti berikut:

1. Pihak Jabatan meminta kesemua ibu bapa bersedia untuk menghantar anak-anak ke sekolah yang baru.
2. Pihak Jabatan akan menyediakan pengangkutan dari sekolah lama ke sekolah yang baru tanpa sebarang kos sehingga isu pengangkutan dapat dipersetujui bersama.
3. Pihak Jabatan bersedia mempertimbangkan serta merta sekiranya terdapat ibi bapa yang berhasrat untuk menukarkan anak mereka ke sekolah berhampiran iaitu SJKT Effingham atau SJKT RRI Sungai Buluh sekiranya difikirkan bersesuaian.
4. Pada 2 Januari 2014, Ybhg Dato' Pengarah telah melawat kesekolah lama dan baru sekitar jam 1.30 petang.
5. Dalam lawatan kerja Ybhg Dato' Pengarah ke SJKT Seaport yang baharu mendapati kehadiran adalah 130 / 153. ( Sebahagian murid masih disekolah lama atau bertukar lebih awal atau yang tidak dapat dihubungi). Pengerusi LPS sekali lagi memberi jaminan bahawa perbezaan tambang bas akan ditanggung oleh beliau. Hasil tinjauan Guru Besar , perbezaan tambang hanyalah RM10 dari tambang yang sedia dibayar sebelumnya. Tambang asal adalah sebanyak RM60 dari Lembanh Subang dan RM70 dari Ara Damansara.Jarak dari sekolah lama ke sekolah baharu ialah 2.5km

3 Januari 2014

Masih terdapat kumpulan ibubapa bersama murid di sekolah lama. Timbalan PPD Petaling Utama berada dilokasi sejak awal pagi untuk meneruskan perbincangan. Terdapat 17 orang murid berada dilokasi sekolah lama, ini kerana 2 orang murid telah bersetuju untuk bersekolah disekolah baharu. Bas yang dijanjikan oleh pihak Jabatan pendidikan Selangor telah disediakan di lokasi sekolah lama tetapi kesemua mereka tidak mahu menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Mereka berkeras untuk terus bersekolah disekolah lama. Lebih kurang jam 2.30 petang pihak PPD Petaling Utama memaklumkan bahawa seramai 15 orang murid telah memohon pertukaran ke SJKT Effingham dan telah diluluskan oleh PPD Petaling Utama. Ini bermakna hanya tinggal 2 orang murid sahaja yang ibu bapa mereka masih berkeras untuk bersekolah disekolah lama.

Persoalan

Apakah kita masih mahu menyalahkan kementerian dan kerajaan ?

Kesimpulan 

Jalan penyelesaian sudah diberi dan dipersetujui oleh pihak sekolah dan PIBG . Hanya kerana segelintir ibu-bapa yang tidak puas hati , perkara ini diputar pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan sendiri. Kronologi diatas jelas menunjukkan keprihatinan KPM dalam membantu sekolah ini . 

Apa lagi anda mahu?
Jika anda seorang pembaca yang munasabah dan rasional yang bertanggungjawab untuk menegakkan kebenaran tanpa mengira kepentingan/ perbezaan politik ,penulis pasti anda akan berkongsi artikel ini dengan yang lain. Sekian.

Fikir-fikirkanlah!


PENULIS

0 comments:

Post a Comment