Kurangkan gula. Gula boleh membawa kepada kencing manis. Kencing manis akan menyebabkan tekanan darah tinggi dan membuatkan kita cepat melatah.
Terlebih dahulu penulis ingin menegaskan disini bahawa isu 'korban' di sekolah ini sepatutnya tidak menjadi satu isu. Penulis mula bersekolah pada 1994 dan sehingga habis tingkatan 5 , setiap tahun majlis korban diadakan di sekolah. Tidak pernah sekali pun ini menjadi satu isu.
Pelajar India diberi ruang untuk mengambil cuti. Kepada yang tidak mahu, mereka boleh buat pengajian sendiri di bilik darjah. Jadi kenapa sekarang ini menjadi satu isu? Penulis tidak pasti.
Ulasan YB Timb Menteri
Isu ini semakin hebat diperdebatkan di laman Facebook kononnya YB Kamalanathan tidak menghormati hak orang Islam?Betul ke YB Kamal tidak menghormati hak orang Islam atau ada orang yang cepat melatah selepas membaca artikel surat khabar?
Perkara yang anda perlu tahu :
i) Pihak Kementerian telah menghubungi PPD untuk mendapatkan pengesahan akan isu ini .
ii) Ini jawapan JPN kepada soalan Kementerian
a) Korban di dalam kawasan sekolah tidak dibenarkan dan PPD tidak pernah memberi kebenaran untuk mana-mana sekolah untuk berbuat begitu.
b) Sekolah digalakkan untuk mengadakan upacara korban di surau yang berdekatan
b) Sekolah digalakkan untuk mengadakan upacara korban di surau yang berdekatan
Berikut adalah jawapan lisan dari PPD yang dijawab oleh seorang MUSLIM.
Apakah larangan ini dibuat oleh Timb Menteri atau PPD?
Takkan nak salahkan Timb Menteri yang hanya menjadi tukang sampaikan mesej? Hahaha...
Saya syorkan kepada yang tidak berpuas hati , sila berdemo dihadapan PPD masing-masing.
::update:: 27.10.2013 12.20pm
YB Kamalanathan baru sahaja mengesahkan bahawa beliau akan menghubungi pihak media tersebut dan akan ambil tindakan undang-undang.
Jawapan dari pihak PPD akan didedahkan oleh blogger CikguShashi.com pada 8pm nanti
"Kurangkan gula dalam makanan , tambahkan gula dalam senyuman"
PENULIS
"lepas ni kurangkan santan dalam kari, tambahkan todi dalam perut"
ReplyDeleteApa penulis buta ka.. tak nampak dlm gambar tu terpampang "no need circular".. pegi lah tanya dia..yang kuil2 berarak kat tempat public tu sambil menyebabkan gangguan lalulintas BESAR dan juga membuang sampah merata rata (kelapa pecah) kenapa boleh? Ini lah menteri BODOH yang perlu di blacklist dan kalau tak minta maaf, pergi mampus dan semua org Melayu JANGAN UNDI dia
ReplyDelete'no need circular" adalah jawapan dari PPD.. jangan jadi rasis membuta tuli..yang beri arahan adalah orang Islam itu sendiri
DeleteKalau takde pekeliling, arahan tidak SAH. PPD belajar dari mana undang2 ni? Hari Menteri Pendidikan 2 sudah keluarkan kenyataan, program korban di sekolah2 tidak akan disekat. Masaklah Pegawai Pendidikan Daerah dan Pegawai yg terlibat. End
ReplyDelete