Thursday, April 12, 2012

Soalan biaDAP Guan Eng di Parlimen yang patut diketahui Rakyat!

Semua Ahli Parlimen diberi peluang untuk bertanya soalan kepada mana-mana Kementerian yang mereka harap dapat memberi penjelasan kepada keraguan mereka. Sudah tentu bila soalan ditanya, etika dan adab pertanyaan menjadi pengukur kepada sikap penyoal.



Penulis kesal akan soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Bagan Dalam di dalam parlimen 3 April 2012 yang lalu. Soalan yang ke 24 itu ditujukan kepada Menteri Pelancongan , YB DATO' SRI DR. NG YEN YEN.


Soalannya berbunyi begini :
"Meminta MENTERI PELANCONGAN menyatakan sebab-sebab KEENGGANAN pihak Kementerian bekerjasama dan menaja program-program dalam mempromosikan sektor pelancongan di negeri Pulau Pinang dan nyatakan jumlah peruntukan penajaan program tersebut mengikut pecahan setiap negeri sejak tahun 2008 hingga 2011"


Keengganan? Apakah ini satu soalan atau tuduhan dalam soalan yang dikemukakan oleh YB Bagan Dalam? Ayat itu jelas menunjukkan Guan Eng cuba menuduh Kerajaan tidak mahu menolong kerajaan negeri Pulau Pinang! Apakah Guan Eng lupa akan semua budi kerajaan pusat kepada Pulau Pinang sejak 2008?

Ini pula tamparan yang diberikan oleh YB Datuk Seri Dr. Eg Yen Yen bagi menjawab tuduhan Guan Eng :




Keenganan? Pulau Pinang dianaktirikan? Guan Eng kantoi fitnah lagi! Penulis juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memperingatkan beberapa budi Kerajaan Pusat kepada Pulau Pinang.

Sehingga kini  Kerajaan Pusat telah berbelanja sebanyak RM22.5 billion untuk Pulau Pinag SAHAJA :

  1. 1.Projek-projek bawah RKM-9 = RM4 billion
  2. 1st rolling plan RMK-10 = RM1 billion.
  3. Projek Mega Persekutuan RM9.1 billlion melibatkan >>>(Jambatan Pulau Pinang Kedua RM4.5 billion,Landasan Berkembar KTMB RM2.7 billion,Empangan Mengkuang RM1.2 billion,pembesaran lapangan terbang RM0.3 billion,pelebaran Jambatan Pulau Pinang RM0.4 billion)
  4. Projek-projek kecil Persekutuan PIA dan PIAS = RM71.1 juta
     
  5. Projek Khas PM dan TPM (masjid,dewan,jeti,jambatan,rumah ibadat,gerai,sukan dan lain-lain = RM249 juta
     
  6. Bayaran elaun guru KAFA,takmir,imam,penyelaras masjid dan lain-lain pentadbir agama = RM40.8 juta
     
  7. Projek-projek bantuan rumah dan penjanaan pendapatan di bawah program pembasmian kemiskinan = RM12 juta
     
  8. Pelbagai Belanja Mengurus Persekutuan untuk 86 Jabatan dan Agensi Persekutuan yang beroperasi di Pulau Pinang = RM8 billion (RM2.2 billion setahun dari 2008 hingga 2011)
Perangai Guan Eng bagai 'kacang lupakan kulit' ... kalau tidak mahu berterima kasih, tak mengapa..jangan memfitnah!

FIKIR-FIKIRKANLAH!

Anda mungkin meminati : Untold Truth That You Must Know About PENANG!!

3 comments:

  1. Tuan,

    Blog tuan telah lama MyMassa link kan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Keengganan : that is a big malay word for Lim Guang Eng, last time i remember him utter the word 'enggan' was a debate between him and Koh Tsu Koon. He mispronounced it. So, Guan Eng stick to those words that you can pronounce. lol.

    ReplyDelete
  3. Anak cucu kominis yg patit di halau dari bumi melayu. Apa org tak ada yg layak jd ketua menteri ke sampai anak cucu kominis melaka blh jd km?

    ReplyDelete