Friday, April 6, 2012

Kita patut sokong Bersih 3.0 kerana ...

Kekurangan duit? Mahu publisiti? Sagu hati? Mahu makan Free?

Jangan risau!!!

BERSIH kini KEMBALI dengan versi 3.0 !! 


Penulis percaya kita masih lagi berpeluang untuk mendapat Kemeja T(sehingga stok masih ada) dan makanan percuma! Yeaaaay! Kita juga bakal dapat RM100.00 dari pihak penganjur!! Hebat bukan??


 Bersih 3.0 bakal diadakan pada 28 April 2012 ! HANYA 22 hari sahaja lagi! Sudahkah anda berdaftar?
Kepada yang tidak sempat untuk mendapatkan Kemeja T , anda boleh datang tanpa berbaju dengan syarat berseluar dalam kuning atau membawa bendera Bersih!


 Kepada yang tidak sempat untuk berdaftar dan juga berseluar dalam kuning (warna lain tidak dibenarkan) ,
jangan risau.. Anda boleh pergi ke Balai Polis berhampiran untuk mendapatkan 'goodies' Bersih yang dirampas polis pada Julai tahun lepas!


 Jadi apa tunggu lagi? DAPATKANNYA SEKARANG!!

Jika anda ada nenek/datuk yang masih sihat dan kuat , bawa mereka sekali!! Jangan lupa bawa kamera untuk tangkap gambar dilokasi demonstrasi.


Pastikan mereka tidak dibiarkan bersendirian, dan tidak mempunyai botol berair..takut mereka akan tuang ke atas diri sendiri...demi kebaikan ,bawalah payung kalau ada..


Pastikan kamera dicaj sepenuhnya.. jika tidak ada mungkin terlepas dari ambil gambar syok sendiri atau berlagak hero..



Tetapi kali ini ,anda mungkin tak perlu takut akan polis sehingga menutup muka anda dengan kain kuning atau bertopengkan kemeja macam ninja, kerana perhimpinan ini akan diadakan di satu kawasan sahaja..bukannya perarakan! Jadi tak perlu risau!!

PERHATIAN! Jika ada seorang yang tak tahan panas, atau mempunyai jiwa yang lemah , anda disarankan agar tidak menyertai perhimpunan ini.. Sebarang kejadian yang tidak diingini(seperti gambar dibawah) adalah atas tanggungjawab sendiri! ( No insurance coverage!! )


Walauapa sekali pun, anda diLARANG untuk mencederakan pihak polis seperti 9 Julai yang lalu.. Polis Malaysia berjiwa lemah...kesian mereka sikit..boleh?


Bagi yang pertama kali dengar atau akan menyertai Bersih, biar penulis buat sedikit 'recap' :

Bersih adalah badan bukan kerajaan yang ditaja 100% oleh Kerajaan Pakatan Rakyat kononnya untuk menuntut keadilan dalam sistem pilihan raya Malaysia. Antara tuntutan Bersih 2.0 (bukan 3.0)pada Julai 2011 adalah seperti berikut :

1. BERSIHKAN  SENARAI UNDI

2. MENREFORMASI UNDI POS

3. GUNA DAKWAT KEKAL

4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI

5.  AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL

6. KUKOHKAN INSTITUSI AWAM

7. HENTIKAN RASUAH

8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Berkenaan itu ,Kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang bertanggungjawab untuk menambahbaikkan sistem pilihanraya sebagai bukti kerajaan tidak pernah mengenepikan pandangan Bersih, khasnya, ataupun mana-mana pihak.

Untuk itu juga, SPR telah dan sedang melakukan semakan dan kemaskini bagi memastikan tiada kes pengundi yang diragui kewujudan atau tempat mengundinya. Namun, seperti juga semua sistem pilihanraya di seluruh dunia, adalah mustahil untuk SPR memastikan senarai pengundi yang 100% tepat kerana ia akan memerlukan kerjasama setiap rakyat untuk mengemaskini rekod masing-masing termasuk rekod kematian sanak saudara mereka. Dan Bersih telah dengan sengaja menolak hakikat ini serta berdegil menuntut rekod yang 100% tepat yang mustahil dicapai walaupun di negara termaju di dunia seperti Amerika Syarikat.

Begitu juga dengan undi pos di mana Bersih telah mempersoalkan ketelusan pihak yang menguruskan undi pos. Jelas bahawa mereka telah dengan sengaja mengenepikan hakikat bahawa setiap parti yang terlibat berhak menjadi pemerhati dan pemantau dalam satu-satu proses undi pos dan penipuan adalah mustahil sama sekali.

SPR juga telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal seperti yang dituntut Bersih walaupun ia terbukti punya terlalu banyak kelemahan sepertimana yang berlaku di negara-negara yang menggunakan sistem ini. Motif Bersih ingin menggunakans sistem yang lemah dan mudah untuk dimanipulasi ini, amat mencurigakan kita semua. Lebih mencurigakan lagi ialah walaupun SPR telah bersetuju dengan penggunaan dakwat kekal, Bersih masih lagi mengulangi tuntutan yang sama dalam demonstrasi Bersih 3.0 yang dirancang mereka pada 28 April ini. -sumber PapaGomo

Tujuh syor BERSIH2.0 diterima,jadi apa tuntutan Bersih3.0?

AIK? 88% atau 7/8 tuntutan diterima ..masih tak puas hati? Silap print 'flyer' ka Ambiga?

2 comments:

  1. Bosan duhh dengan puak kuning ni... Tuntutan diorang sendiri pun tak bersih, siap mintak benda yg mmg dah diluluskan pun... Adehhh sengal...

    ReplyDelete