Saturday, March 24, 2012

Bukti Bergambar! MP Merbok memperlecehkan undi kaum India!

Sebelum ini, penulis berkongsi sebuah artikel (klik disini) berkaitan kedudukan Kaum India dimata Kerajaan Pakatan Rakyat. Artikel ini pula mengesahkan apa yang dikatakan penulis adalah betul..

19 Mac 2012 apabila sekumpulan penduduk Taman Petani Jaya yang diketuai oleh Kumara Guru a/l K Veloo yang merupakan Pengerusi Persatuan Penyokong Kuil Sri Siti Vinayagar merangkap Setiausaha Kuil Sri Siti Vinayagar, Jalan Hospital, Sungai Petani telah mengadakan satu sidang akhbar tentang perobohan sebuah pondok kuil kecil di hadapan rumah yang beralamat No.37, Lorong 1, Taman Petani Jaya, 08000 Sungai Petani oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani pada 14 Mac 2012.





Dalam sidang akhbar itu, penduduk menyatakan perasaan tidak puas terhadap Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din yang tidak mengendahkan aduan penduduk berhubung perobohan pondok kuil kecil itu, sebaliknya menyatakan DIA TIDAK MEMERLUKAN UNDI KAUM INDIA UNTUK MENANG….

Berikut adalah petikan berita  yang diambil dari portal online NST :


MP Merbok pula ,apabila ditanya media berkata beliau TIDAK berkata sebegitu padahal SMS yang dihantar beliau jelas akan apa yang ditaipkan. Lihat kronologi perbualan sms dibawah.








SMS pada baris terakhir amat jelas tetapi MP Merbok tidak mengaku berkata begitu? Mahu menipu lagi YB..? KANTOI!

"...juga PR tak berapa harapkan Undi India"

Seperti yang pernah dikatakan penulis sebelum ini, Pakatan Pembangkang tidak lagi memerlukan undi kaum India kerana mereka kini hanya memerlukan undi kaum Cina untuk kekal berkuasa.. Peralihan undi kaum India kembali ke Barisan Nasional menyebabkan Pakatan Rakyat tidak lagi berminat untuk meraih sokong minoriti ini...

Ianya bermula dengan Ketua Umum yang mula memperlecehkan kaum India sejak 2008..contoh yang terbaik,Kampung Buah Pala..Terbukti kaum India diperalatkan demi kemaruk politik Pakatan... Adakah kita masih mahu diperbodohkan lagi? Atau terus bergerak bersama BN dalam arus transformasi Perdana Menteri?




FIKIR-FIKIRKANLAH....


0 comments:

Post a Comment