Monday, March 5, 2012

GE13 : Kaum India dimata Pakatan Rakyat

" Ketua menteri..kita punya geng juga..DAP dengan Keadilan kita punya geng...Dua minggu sudah menang...dua minggu..mesti itu Ketua menteri, atau dia punya wakil datang sini bagi dia punya geran balik" - Anwar Ibrahim



Demikian adalah penipuan terawal yang dapat penulis ingat sejak kecenderungan dalam politik tanah air bermula. Termakan dengan janji manis ini,kejahilan politik kaum India digunakan dengan baik oleh pembangkang  untuk mencari kemenangan dalam PRU yang lepas. Apakah Ketua Umum sudah meminta maaf akan janji palsunya yang tidak ditunaikan?


Datuk Seri Najib baru baru ini , memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan oleh Barisan Nasional sebelum ini yang menyebabkan kekalahan teruk BN dalam PRU sejak 1969. DS Najib yang dilihat sebagai seorang yang berpegang pada janji ,memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin sebelum beliau tetapi ada pula segelintir (seorang secara khususnya) masih belum memohon maaf atas kesalahan menipu rakyat(kaum India)?

PRU 12 mencatatkan 88% daripada undi kaum India jatuh ke tangan pembangkang. Berdasarkan sumber, undi India juga menjadi salah satu punca hilangnya majoriti 2/3 BN dalam parlimen .Pakatan Rakyat dilihat sebagai penyelamat kaum India, dimana kaum minoriti ini memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pembangkang.

Selepas menang...

Merangkak sedikit dari 2008, ketuanan DAP dalam Pakatan Rakyat dilhat semakin menyerlah.Pakatan Pembangkang lebih cederung untuk menang hati pengundi Cina dan Melayu daripada menunaikan janji dan tanggungjawab kepada kaum India.

Antara janji dan tanggungjawab yang dilupakan :

a) Kampung Buah Pala
b) Janji Thaipusam untuk Kedah
c) Janji pemberian tanah untuk pengusahaan
d) Usul-usul untuk kemajuan Kaum India ditolak
e) Janji beri tanah kepada sekolah

 Undi Cina di kawasan Parlimen bandar Johor dilaporkan naik sejak 2008. Gelang,Patah,Tebrau ,Batu Pahat,Kulai ,Pulai dan Bakri adalah beberapa kawasan parlimen yang menjadi sasaran pembangkang untuk mematahkan kekuatan UMNO dikubunya sendiri. Ianya taktik yang dirancang secara sistematik untuk mengaibkan peluang BN memenangi majoriti 2/3 parlimen. Didalam peperangan ini, pembangkang menyerang sistem kehakiman negara, polis dan menyalahkan segala tindak-tanduk kerajaan sebagai cara untuk menimbulkan ketidakpuasan dikalangan rakyat.

Apakah Pakatan masih memerlukan sokongan India?

Pembangkang hampir mempunyai separuh dari undi majoriti(berdasarkan PRU12), iaitu kaum Melayu : 35.5% UMNO dan 34.8% PAS. Undi minoriti sebanyak 7.33% dari jumlah keseluruhan rakyat Malaysia tidak lagi diperlukan kerana pembangkang sedang bertungkus lumuh menang sokongan kaum Cina yang sudah pasti akan menjanji kemenangan bergaya. Jadi peluang ini digunakan dengan baik oleh pembangkang dengan 'menjaga' semua isu berkenaan kaum Cina walaupun ianya sebesar 'kuman'.

Kaum India pula dianak tirikan sekarang selepas janji-janji PRU dikubur. Kaum India yang mahu memberi pengajaran kepada MIC dengan menyokong pembangkang kini kehilangan suara untuk kaum tersebut di Pakatan Rakyat. Sebagai contoh , Pakatan Rakyat tidak langsung menyuarakan usul kaum India di Konvensyen Nasional PR yang berlangsung baru-baru ini.


Contoh yang terbaik : Isu kematian Teoh Beng Hock dijadikan sebagai peluru untuk menyerang kerajaan walaupun laporan Suruhanraya Diraja memberitahu ianya satu tragedi bunuh diri. Isu Aminurrasyid , remaja yang menjadi mangsa akan kesilapan polis, juga di'spin' sehingga kini. TETAPI, isu kematian Kugan pula tidak pernah dihirau ? pernah dengan pemimpin PR sebut pasal Kugan di media? India terus dilupakan.

DAP for ALL??

DAP pula mengelar dirinya parti untuk semua.. apakah ini betul ? lihat fakta dibawah (klik untuk gambar yang besar) :


India didalam DAP sendiri dibiarkan berlaga kerana ini adalah salah satu cara DAP boleh kekal mendominasikan keadaan. Alasan seperti  

"Kita belum ke Purajaya," " India adalah minoriti," "Jangan jadi rasis," "Kalau tak suka,balik MIC-lah,"
sering digunakan apabila mana-mana pemimpin/penyokong PR menyoal ketidakadilan Pakatan.

Walau apapun, Perdana Menteri menunaikan lebih banyak janji daripada mereka yang hanya membuatnya. Ketelusannya meminta maaf secara terbuka membuktikan beliau seorang yang sedia menerima demi kebaikan rakyat berbanding mereka yang tidak langsung hirau untuk memohon maaf. Ini menjadi indaktor 'kepulangan' kaum India kepangkuan BN . Sudah pasti ramai kaum India tidak mahu diperkudakan lagi demi politik lagi.

Harapkan pagar, pagar makan padi
Harapkan pakatan,pakatan tipu lagi..





FIKIR-FIKIRKANLAH...

2 comments:

  1. Kita mintak rakan kita MIC dan PPP tlg buat roadshow seluruh Malaysia...buat secara agresif dan berkesan.!Jgn hanya harap pada PM dan TPM....semua ahli kena aktif mendekati pengundi....walaupun skrg dah ada peningkatan tetapi masih x mencukupi.

    ReplyDelete
  2. What a pathetic for Indian and Malay....now maybe Indian and Malay can ask themselves, who is practicing racism in Malaysia? Who is the most racist in Malaysia? ask and judge by ourselves.
    Thank you.

    ReplyDelete