Wednesday, May 4, 2011

Ketua Menteri, cakap tak serupa bikin...!!

Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang hari ini dibidas kerana masih gagal menunaikan beberapa janji dalam manifestonya walaupun telah mengambil alih pentadbiran daripada Barisan Nasional (BN) lebih tiga tahun lalu.

Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng (DAP-Air Putih), masih belum menunaikan janji Pilihan Raya Umum 2008 lalu dengan sepenuhnya.

Antara janji yang belum ditunaikan ialah pemansuhan tol Sungai Nyior di Butterworth dan memberikan bonus RM6,000 setahun untuk keluarga berpendapatan kurang daripada RM2,000.

"Selain itu, mereka juga janji hendak buat pilihan raya kerajaan tempatan padahal mereka sudah tahu enakmen itu sudah dimansuhkan di peringkat (kerajaan) pusat," katanya ketika membahaskan usul terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas kerana merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri juga gagal untuk mengotakan janjinya untuk menyelamatkan Kampung Buah Pala, mengisytiharkan aset Exco dan menghapuskan caj parkir pada waktu malam.

Beliau berkata, rakyat masih tertanya-tanya bilakah janji-janji manis yang diumum sebelum pilihan raya itu akan mampu ditunaikan.

Hilmi juga menggesa kerajaan negeri mencari jalan untuk mengatasi masalah harga rumah di Pulau Pinang yang mendadak naik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Ini bagi memastikan mereka yang berpendapatan rendah dapat membeli rumah sendiri," katanya.



0 comments:

Post a Comment