Monday, February 11, 2013

Calon Bebas P.078 Cameron Highlands - Siapa Dilip Martin ?

Artikel ini adalah hasil tulisan sendiri berdasarkan pertemuan penulis dengan individu berkenaan. Tiada tokok tambah. Tiada penipuan. Lu rasa gua tipu? repot polis .




Cameron Highlands, berkedudukan 1500 meter atas aras laut .. sejuk sepanjang hari..daerah sebesar Singapura ini menjadi tarikan bukan sahaja pelancong tetapi juga politikus terutamanya dari MIC.

Siapa? You know , I know..

Seperti yang kita semua tahu, Ahli Parlimen Cameron Highlands sehingga kini adalah YB Dato' S.K Devamany. Desas-desus mengatakan bahawa Presiden MIC bakal bertanding di parlimen berkenaan manakala Devamany akan 'ditolak' ke Sg.Siput. Ini ternyata benar apabila The Star harini mengesahkan perkara ini . Baca disini ---> (klik disini)

Calon Bebas ?



Kunjungan penulis ke Cameron Highlands baru-baru ini dikejutkan dengan banner yang mengatakan seorang anak tempatan Cameron Highlands yang bernama Dilip Martin bakal bertanding sebagai calon bebas. Apakah ini benar?

Penulis sempat bertanya beberapa orang sekitar kawasan Brinchang dan mereka dengan sebulat suara menyokong anak tempatan sebagai wakil rakyat. Persoalannya, sejauh mana kebenaran dalam hal ini??

Ada juga beberapa pengguna Facebook yang mula berkempen untuk Dilip Martin..


klik untuk imej yang jelas
Untuk mengenai kesahihan perkara ini, penulis telah menemubual Dilip Martin yang juga merupakan kenalan penulis. Hasil perbualan kami boleh disimpulkan seperti dibawah :
  • Beliau pernah menyatakan hasrat untuk bertanding tetapi tidak pernah memberi kata putus beliau kepada sesiapa.
  • Kempen online adalah tanpa pengetahuan beliau.
  • Beliau disokong oleh masyarakat setempat 
  • Beliau pernah menerima beberapa panggil dari pihak yang mengelar diri mereka dari parti tertentu yang minta agar tidak menjadi calon di Cameron Highlands.
Cameron Highlands bakal tercicir ke tangan calon bebas??

Kita tunggu dan lihat!

9 comments:

  1. fulamak Dilip...sokong ko... kita org akan turun sapot bro!

    ReplyDelete
  2. Kasi halau itu palanivel ...presiden terlemah MIC ..hidup rakyat!

    ReplyDelete
  3. I dont know who is Dilip M. But my support is there. Let palani eat the soil!!

    ReplyDelete
  4. PALANIVEL NI USELESS JUNK...HE IS WEAK..WEAKER THAN SEMI-VALUE!!! PATUT KENA DENGAN BEBAS!!

    ReplyDelete
  5. The best candidate for Cameron Highlands MP is Germit Singh.

    ReplyDelete
  6. Go go go!! Kasi mati itu palanivelu!!

    ReplyDelete
  7. Dilip??Who is that??? I think he shouldnt waste his time contesting ler

    ReplyDelete
  8. Dilip are u joking... ur not suitable at all... Nak jadi sebab agenda tersendiri.. Nasib baik ko tak masuk... Biar pilih pemimpin berkaliber... Tapi pastikan BN lingkup di Cameron...:):)

    ReplyDelete