Friday, June 29, 2012

TEKUN Tidak Membantu Kaum India ? Fakta lawan Auta!!

TEKUN Nasional atau nama lainnya Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga adalah merupakan salah satu badan di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Sejarah penubuhan TEKUN Nasional bermula hasil daripada Konvensyen Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang pada 1994 yang bertujuan untuk memperuntukkan bantuan berupa modal tambahan bagi usahawan kecil Bumiputera dalam membangunkan perniagaan dengan lebih mudah dan cepat. 



Penulis tak mahu mengulas panjang mengenai Tekun. Nak tahu 

o Fungsi dan Matlamat TEKUN Nasional
o Syarat-Syarat dan Prosedur Pinjaman
o Kemudahan yang disediakan TEKUN Nasional


Tahukah anda Tekun sudah pun membuka pinjamannya kepada bukan Bumiputera sejak beberapa tahun dahulu? Dibawah pimpinan DS Najib , lebih banyak pinjaman diberikan kepada pengusaha-pengusaha kecil India. 

Seperti yang kita tahu sebanyak 35 JUTA diperuntukkan HANYA untuk kaum India di Malaysia. Pinjaman hingga ke 2012 menunjukkan bahawa hampir kesemua peruntukkan itu habis dipinjam. Jadi PM sekali lagi memperuntukan tambahan 30 Juta untuk Tekun(klik sini) .. BN Zalim ?


Berikut adalah 'breakdown' pinjaman (klik untuk imej yang lebih jelas)  :

Sumber dari Pejabat Timbalan Menteri Dato SK Devmany




PM juga memperuntukkan 150 Juta(tidak termasuk peruntukan baru, 30 Juta untuk Tekun)  untuk membantu komuniti usahawan India dan berikut adalah pecahannya :



Kerajaan sedang membantu , terpulang jika anda mahu membantu diri sendiri atau tidak.!

FIKIR-FIKIRKANLAH !




0 comments:

Post a Comment