Friday, December 30, 2011

Bekas Ahli NIAT ditampar SU Menteri..dibayar Presiden NIAT? Bukti!

S.Gobikrishan , bekas ahli NIAT dan juga ketua NGO Power membuat laporan bahawa dia ditumbuk SU Menteri Sumber dan Manusia semalam.






Memang betul pipinya berdarah! Tiada bengkak bukan? Itu nampak macam jerawat pecah ja.. apakah benar dia ditumbuk? Menurut kawan rapat Gobi, Murali dari PKR Puchong dalam Twitternya menunjukkan cermin mata Gobi yang pecah kononnya akibat ditumbuk.

Persoalannya : Gambar pipi Gobi yang berdarah menunjukkan cermin matanya masih dalam keadaan baik. Tetapi kawan baiknya memberitahu cermin mangsa pecah. Dalam laporan polisnya juga Gobi memberitahu perkara yang sama(seperti apa yang di'tweet'kan oleh Murali)

Satu penipuan yang kurang bijak dari Gobi dan rakan-rakanya yang cuba mencari publisiti murahan.!!!

Adakah ia logik untuk pipinya kekal berdarah sehingga cermin matanya dibaiki?
Kedai cermin mata sudah tentu tutup semasa kejadian berlaku(11.50pm)seperti yang dilaporkan oleh mangsa.Jadi penulis pasti mangsa terpaksa ke kedai untuk membaiki cerminnya pada awal pagi(paling awal pun pukul 8am). Apakah pipinya berdarah untuk lebih kurang 8 JAM?? Tak masuk akal bukan?

Menurut sumber, mangsa tidak ditumbuk tetapi ditampar.. mungkin pembaca tertanya kenapa dia ditampar?

Klik artikel Papagomo <-----------



Ini beberapa cetakan skrin untuk paparan :


Mungkin kebiadapan Gobi punca kemarahan orang ramai  ?

Jadi wajarkah penulis labelkan Gobi sebagai penipu dalam hal ini?

Fikir-Fikirkanlah


0 comments:

Post a Comment