YB PKR,Adun Pantai Jerjak dalam ceramah baru baru ini memberitahu Kerajaan Pulau Pinang hanya akan menanggung 80% dari kos mengecat rumah pangsa di Bayan Bayan
Dalam ucapan , beliau memberitahu Kerajaan PULAU PINANG tidak mampu menanggung seluruh kos kerana kosnya tinggi dan menyatakan 'Kerajaan akan bangkrup'..
PERSOALAN :
Betulkah kerajaan akan bangkrut kalau menanggung 20% yang selebihnya?
Bukankah Kerajaan PulauPinang mencatatkan 'income' tertinggi?
Jadi apakah logiknya YB Sim memberi gambaran tersebut?
Menurut Sim,kos untuk mengecat flat dianggarkan dari RM40,000 - RM 50,000.. Jadi 20%(yang perlu ditanggung oleh penduduk) dari kos itu adalah dari RM8,000 - RM10,000 .. Adakah Kerajaan Pulau Pinang tidak mampu untuk berbelanja nilai RM8,000 untuk rakyat??
Nak tanya Sim sikit,
Kalau Kerajaan PP miskin, tak boleh nak tolong..kenapa YB tak tolong ?Bila YB boleh buat papan tanda ucapan bernilai RM 2,000- RM5,000 / papan dan pasang beberapa papan sekitar Bayan Baru untuk setiap perayaan ,kenapa tidak menggunakan wang itu untuk kebaikan rakyat dengan mengecat rumah pangsa?
Nota : Sebanyak 3-5 papan ucapan dipasang pada setiap perayaan (Bukit Gedung,Bulatan Bayan Baru,Kawasan Perindustrian, KawasanPerumahan Mahsuri)
Jika ribuan ringgit boleh dibelanjakan untuk papan-papan tanda, kenapa kedekut berbelanja untuk rakyat?
JANGAN INGAT RAKYAT LUPA JANJI PAKATAN UNTUK MENGECAT RUMAH PANGSA PILIHAN RAYAUMUM YANG LALU!!!
0 comments:
Post a Comment