Sebelum memberi ulasan , saya ingin kongsi akan apa yang mungkin akan terjadi jika gambar ini dimuatnaik oleh penyokong buta pembangkang?
(i) Najib akan dipersalahkan kononnya GST sudah dilaksanakan.
(ii) Kerajaan BN akan dituduh menipu Rakyat.
(iii) Akan ada segelintir puak yang berpendidikan cuba memberontak tanpa menggunakan akal fikiran dengan mempercayai helah sebegini.
REALITI :
Saya telah ke dua parkir kereta pada dua hari berlainan di ibu negara bulan ini. Saya dapati ada cukai sebanyak 6% dikenakan pada bayaran .
Dengan penuh kemusykilan saya telah menemui pengurus-pengurus bagi parkir tersebut untuk mendapatkan penjelasan kenapa GST 6% dikenakan pada parkir?
Penjelasan mereka ada seperti berikut :
(i) GST yang tercetak ada Government Sales Tax dan bukannya Goods and Service Tax.
(ii) Seperti yang sediakan , Rakyat sedang membayar Sales Tax(10%) dan Service Tax(6%) . Oleh kerana parkir tidak kena mengena dengan 'penjualan(sales)' tetapi hanya melibatkan 'perkhidmatan(service)' , maka Service tax sahaja dikenakan iaitu 6%
(iii) Ianya sudah dikenakan sejak mereka mula beroperasi (Bertahun)
--------------------------
Janganlah kita menjadi macai. (M)empercayai (A)pa jua (C)akap (A)nwar (I)brahim .
Berikan diri sendiri peluang untuk berfikir. Buat kajian sendiri sebelum membuat apa jua kesimpulan.
There is always another side of a coin.
Kompleks PKNS milik Kerajaan Selangor pun ada kerana Government Sales Tax (5%)?
Fikir-fikirkanlah.
Demi Negara ,
PENULIS
0 comments:
Post a Comment