Tuesday, June 11, 2013

MIC bagaikan 'Bangla Kehilangan IC'

Artikel ini mungkin akan menyinggung banyak pihak dari MIC. Hasil tulisan ini adalah dari pandangan penulis sahaja dan tidak kena mengena dengan mana-mana pihak yang lain. 
Pernah tak lihat bagaiman reaksi pendatang asing apabila mereka ditahan pihak berkuasa ? Apabila mereka tidak bawa IC/Passport (bukan Mykad kerana warga asing tidak diberi Mykad kecuali kes-kes tertentu)? Cemas - itu yang dimaksudkan.


MIC kerana tidak mahu mengambil jawatan kerajaan jika tidak diberikan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) - Datuk Seri G.Palanivel , Presiden MIC 

Untuk pengetahuan para pembaca , prestasi MIC pada PRU13 adalah sama seperti PRU12 dimana MIC telah menang 0 kerusi DUN dari 3 kerusi yang dipertandingkan. Apakah ini satu pencapaian yang boleh dibanggakan?? TIDAK!!

Pencapaian MIC di PRU 13 (bandingan dengan PRU12) :

Majoriti 2013 > 2012

N30 Buntong
1. A. Sivasubramaniam (DAP) – 13,062
2. C. Sivaraj (BN) – 4,433
3. A. Iruthiyam Sebastiar (Ind) – 261
4. Mohd Basri Shafie (Ind) – 127
Majority – 8,629

PRU 12 : 
1. Sivasubramaniam Athi Narayanan (DAP) (10,311) 
2. Lee Tung Lai (BN) (4,996) 
Majoriti: 2,382 undi

Majoriti 2013 > 2012

N31 Jelapang
1. M. Sarasvathy (PSM) – 2,568
2. S. Mokan (BN) – 4,655
3. Teh Hock Ke (DAP) – 16,921
Majority – 12,266

PRU 12 :
1. Hee Yit Foong (DAP) - NA
2. M. Saraswathy (Bebas) - NA
3. Loh Koi Pin (BN) - NA
Majoriti: 253 undi


Majoriti 2013 > 2012

N54 Hutan Melintang
1. R. Supramaniam (BN) – 8,915
2. Mat Sidi Hashim (Ind) – 413
3. S. Kesavan (PKR) – 10,155
4. Azahari Abdullah (Berjasa) – 353
Majority – 1,240

PRU 12 :
1. S. Kesavan (PKR) (7,804) 
2. S. Thangasvari (BN) (6,083) 
Majoriti: 3,759 undi

Jadi kenapa MIC masih mahukan kerusi Speaker apabila MIC tidak mampu untuk tingkatkan prestasi? Penulis setuju , kerusi speaker adalah satu perjanjian antara parti komponen BN TETAPI dimana perginya maruah MICyang mahu menerima kerusi secara 'back door' selepas rakyat membuat keputusan untuk tidak mahu memberi mandat kepada MIC? 

MIC telah diberi kerusi speaker pada penggal yang lalu walaupun tidak menyumbang kerusi kepada BN. MIC sepatutnya memperbaiki kelemahan dan tingkatkan prestasi. Tetapi apa yang dilihat di Perak, ianya sama saja. Jadi apakah logiknya , MIC mahu kerusi speaker ini?

Kerusi dicuri UMNO?

Penulis rasa UMNO lebih berhak untuk mendapat kerusi speaker tersebut kerana prestasi UMNO pada PRU13 jauh lebih baik dari mana-mana parti komponen. Tiada salahnya untuk UMNO menerima kerusi ini. You perform , you got it. Fair?

Kerusi akan diberikan kepada parti lain?

Jika parti tersebut telah menyumbang kepada kemenangan BN di PRU13, apa salahnya?? Sudah tentu penulis tidak akan setuju jika diberikan kepada PPP atau HINDRAF kerana mereka juga dalam satu sampan bersama MIC.

Kaum India akan kehilangan suara di dewan? Tiada wakil dari BN?

Penulis rasa semua pemimpin termasuk dari MIC perlu bersikap terbuka . Bukankah kita sedang bercakap mengenai transformasi politik? Dari sudut pandangan penulis,  kerusi speaker ini perlu diberikan kepada wakil kaum India dari mana-mana NGO yang berpengaruh di Perak. Kenapa tidak penjawat awam yang telah berkhidmat untuk sekian lama dibawah kerajaan BN di Perak? Lebih adil bukan?




MIC perlu sedar.. berjuang untuk satu kerusi ini tidak akan mengubah nasib/takdir MIC di Perak. MIC kini mempunyai lebih banyak tanggungjawab untuk dilaksanakan. Penulis faham MIC mempunyai banyak pemimpin yang berkulit tebal 12 inci yang sanggup menerima jawatan 'back door' . CUKUPLAH... jangan lagi hancurkan parti ini dengan prinsip-prinsip sebegitu.

Jika diberi kerusi speaker, ambil... jika tidak, teruskan perjuangan..
Cuba lagi PRU 14.



5 comments:

  1. wow.. appadi podi mike.. ippovaavathu sile perukku uraikkathum

    ReplyDelete
  2. Good write up.. we need leader like you danyaram.

    ReplyDelete
  3. Pala,

    it's better for you to leave...leave the top MIC post to new Indian leader who can perform.

    MIC is almost dead la weiiii.....wake up dei Pala

    ReplyDelete
  4. Tukar Palani la.. Ini Kalilah!

    ReplyDelete
  5. Kasi tukar itu presiden la lancau . Lembik macam tauhu ! Tak leh pakai!

    ReplyDelete