Tuesday, September 18, 2012

Parlimen Bayan Baru : Kenapa MCA mahu 'bunuh' pilihan Rakyat @davidyimbl ? @NajibRazak @liowtionglai @drchuaSL

Penulis membuat keputusan untuk 'post' aartikel ini atas initiatif sendiri. Sebagai seorang pengundi di kawasan Bayan Baru , penulis rasa diri berhak untuk menyuarakan apa yang patut demi kebaikan rakyat Bayan Baru. Pucuk pimpinan BN boleh pertikaikan artikel ini jika rasa undi penulis tidak diperlukan.




Sebelum ini Penulis pernah menulis mengenai subjek , En.David Yim Boon Leong.  (klik disini) 


















ZAMAN KEGEMILANGAN BARISAN NASIONAL 

PILIHANRAYA UMUM (PRU) KE 13 MERUPAKAN MEDAN PENENTUAN KESINAMBUNGAN SETIAP PARTI YANG AKAN BERTANDING MAHUPUN PARTI PEMERINTAH (BARISAN NASIONAL) ATAU PEMBANGKANG (PAKATAN RAKYAT). 
MENGIKUT SEJARAH PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA SEJAK PRU.1 TAHUN 1959, KALI INI MERUPAKAN YANG PALING SENGIT KEPADA SETIAP CALON DAN PARTI UNTUK MEMASTIKAN SAMADA IANYA DAPAT MENAWAN DAN MENARIK HATI SETIAP PENGUNDI WARGA MALAYSIA BERJUMLAH 11.08 JUTA YANG BERDAFTAR SEHINGGA 31 DISEMBER 2011. 
PARLIMEN BAYAN BARU YANG WUJUD SEJAK TAHUN 1984 TELAH MENGHARUNGI ENAM KALI PILIHANRAYA UMUM MULAI PRU.7 HINGGA PRU.12. SEJAK ENAM KALI PERTEMBUNGAN ANTARA BARISAN NASIONAL DAN PEMBANGKANG KEMENANGAN TELAH MEMIHAK 50/50 DENGAN TIGA KALI DI MENANGI OLEH BARISAN NASIONAL DAN TIGA KALI OLEH PEMBANGKANG.
PADA TAHUN 1986 BARISAN NASIONAL TELAH MENCALONKAN ENCIK LEE JONG KI DARI MCA DAN PEMBANGKANG MENCALONKAN ENCIK AHMAD NOR MEWAKILI DAP. YANG TELAH MEMENANGI KERUSI BAGI KALI PERTAMA. BERIKUTNYA TAHUN 1990 BARISAN NASIONAL MENAMAKAN DATO’ KHOR GARK KIM YANG KELUAR PGRM MENYERTAI MCA TELAH DIKALAHKAN SEKALI LAGI OLEH ENCIK AHMAD NOR DARI DAP. KEMUDIAN DATO’ WONG KAM HOONG TELAH DICALONKAN OLEH MCA BAGI MEWAKILI BARISAN NASIONAL PADA 1999 TELAH MERAMPAS KERUSI PARLIMEN BAYAN BARU DENGAN MENGALAHKAN ENCIK ZULKIFLI AHMAD NOR. BELIAU TELAH MENGEKALKAN KERUSI PARLIMEN BAYAN BARU SEHINGGA PILIHANRAYA KALI KE 11 PADA TAHUN 2004.
 DIBERI KEPERCAYAAN
KEMUNCAK KEGEMILANGAN BARISAN NASIONAL DIBERIKAN MANDAT OLEH RAKYAT ADALAH PADA TAHUN 2004 IAITU PILIHANRAYA KE 11. KETIKA TEMPOH PERKHIDMATAN DATO’ WONG KAM HOONG SEBAGAI AHLI PARLIMEN BAYAN BARU MERANGKAP TIMBALAN MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN, DAVID YIM MULA BERJINAK DI DALAM BIDANG POLITIK WALAU PUN MASIH BERKERJA DI SEBUAH KOLEJ. YIM TELAH DILANTIK SEBAGAI PEGAWAI KHAS KEPADA TIMBALAN MENTERI KEKWA BAGI MEMBANTU BELIAU DILAPANGAN TERUTAMA BERKHIDMAT KEPADA MASYARAKAT DI PARLIMEN BAYAN BARU. SEJAK ITU, YIM MULA DIDEDAHKAN DENGAN SEMANGAT JITU ANGGOTA BARISAN NASIONAL YANG UNIK YANG TIDAK DAPAT DIMANA-MANA PARTI POLITIK DI DUNIA INI. MASYARAKAT MAJMUK RAKYAT MALAYSIA AMAT BERTOLERANSI DAN MENGUTUHKAN PERPADUAN DI KALANGAN SEMUA KAUM DI MALAYSIA. SIFAT KEHARMORNIAN DAN KESEPAKATAN INILAH MENYEBABKAN HATINYA TERPAUT UNTUK TERUS MENCEBURI BIDANG YANG SEMEMANGNYA MENCABAR KEUPAYAAN MINDA MANUSIA YANG SESETENGAHNYA BERIMAJINASI BAHAWA POLITIK AMAT KOTOR DAN MENJIJIKAN. BERDASARKAN FALASAFAH DAN SIFAT KEPERHATINAN, YIM BERHASRAT MENERUSKAN JALINAN HUBUNGAN ANTARA KAUM AGAR TERUS MENDAPATKAN KEHARMONIAN PERPADUAN YANG MENJADI KUNCI KEMERDEKAAN NEGARA SELAMA 55 TAHUN. JIWA YIM MULA MERASAKAN AMAT TERPAUT DENGAN BIDANG YANG DICEBURI TATKALA BELIAU MULA DAPAT BERHUBUNGAN DENGAN SEMUA LAPISAN MASYARAKAT YANG TIDAK MENGIRA AGAMA YANG DIANUTI ATAU ADAT YANG DIIKUTI. SETIAP PEMIMPIN DAN AHLI DARI PARTI POLITIK ATAU BADAN SUKARELA DAPAT BELIAU HUBUNGI SERTA MENJALINKAN KERJASAMA AGAR SETIAP DASAR DAN KEHENDAK DAPAT DILAKSANAKAN.
TSUNAMI POLITIK 2008 
‘LANGIT TIDAK SELALU CERAH’, ‘MALANG TIDAK BERBAU’, PRU KE 12 TAHUN 2008, AMAT PERIT BAGI BARISAN NASIONAL, DIMANA ‘TSUNAMI POLITIK’ TELAH MELANDA NEGARA. BERIKUTAN SIKAP RAKUS DAN PENTINGKAN DIRI SESETENGAH PEMIMPIN YANG TAMAKKAN KUASA SERTA MENAFIKAN KEHENDAK GOLONGAN ‘GRASS ROOT’ TELAH MENYEBABKAN BARISAN NASIONAL HAMPIR KEHILANGAN KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN MELEPASKAN LIMA BUAH NEGERI KE TANGAN PEMBANGKANG TERMASUK PULAU PINANG.
PARLIMEN BAYAN BARU TIDAK TERKECUALI DARI TSUNAMI TERSEBUT DIMANA DATO’ WONG KAM HOONG TELAH MENJADI MANGSA POLITIK KEPIMPINAN MCA PULAU PINANG YANG MENGANTIKAN BELIAU DENGAN PUAN OOI SIEW KIM BAGI DICALONKAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN BAYAN BARU. PELBAGAI MASALAH ISU BERBANGKIT YANG DIKEMUKAKAN KEPADA PUCUK PIMPINAN PARTI BARISAN NASIONAL AGAR MENERIMA SEMULA DATO’ WONG KAM HOONG SEBAGAI CALON TELAH DITOLAK MENTAH DENGAN ALASAN PENGUNDI MASIH BERPIHAK KEPADA KERAJAAN. AKHIRNYA, ALANGKAH SEDIHNYA CALON BARISAN NASIONAL TELAH KALAH DENGAN TERUKNYA DAN MENCIPTA SEJARAH CALON BARISAN NASIONAL YANG TEWAS DENGAN MAJORITI TERTINGGI IAITU SEBANYAK 11,029 UNDI SEDANGKAN PADA PRU 11 BARISAN NASIONAL MENANG DENGAN MEJORITI 18,851 UNDI.
ERA TRANSFORMASI , KEMBALI LAWAN 
BERMULAHLAH EPISOD KEJATUHAN POLITIK BAYAN BARU YANG TELAH MEMATAHKAN SEMANGAT KEBANYAKKAN AHLI-AHLI PARTI UNTUK MENERUSKAN WADAH PERJUANGAN BERIKUTAN BARISAN NASIONAL TIDAK LAGI MENERAJUI KEPIMPINAN NEGERI PULAU PINANG. KESEMUA CALON MCA, MIC DAN PGRM TEWAS 100% DI NEGERI PULAU PINANG MAHU PUN KERUSI DUN ATAU PARLIMEN. UMNO GAGAH BERTAHAN DIMANA 11 DARI 15 KAWASAN MELAYU MASIH DIMILIKI OLEH PARTI TERSEBUT YANG KINI MERUPAKAN PEMBANGKANG DI DUN PULAU PINANG. KEPIMPINAN TERTINGGI BARISAN NASIONAL MULA SEDAR DAN TELAH MEMULAKAN TRANFOMASI POLITIK YANG MELIBATKAN HAMPIR 90% KEPIMPINAN TERTINGGI PARTI KOMPONEN BERTUKAR TAMPUK KEPIMPINAN, BERIKUTAN TEKANAN HEBAT DARI PAKATAN RAKYAT. PUCUK PEMIMPIN NEGARA JUGA BERTUKAR DIMANA YAB. DATO’ SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK DIBERIKAN MANDAT BAGI MENGANTIKAN YAB. TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI SEBAGAI PERDANA MENTERI. 
MEMANDANGKAN TRANFORMASI BESAR-BESARAN DI DALAM BARISAN NASIONAL DENGAN BEBERAPA PERUBAHAN DAN DASAR TERBARU YANG DIPERKENALKAN, DAVID YIM TELAH DIBERIKAN KEPERCAYAAN OLEH KEPIMPINAN BARISAN NASIONAL PUSAT DAN NEGERI UNTUK TAMPIL SEBAGAI PENYELARAS BARISAN NASIONAL PARLIMEN BAYAN BARU. ANTARA TUJUANNYA ADALAH MEMASTIKAN DAN MEMULIHKAN KEMBALI KEPERCAYAAN MASYARAKAT MALAYSIA TERUTAMA PENGUNDI KEMBALI KEPADA BARISAN NASIONAL. KETIKA ITU KEBANYAKKAN KEPIMPINAN TERUTAMA DARI MCA DAN PGRM YANG MEMPUNYAI AHLI DARI KAUM CINA MULA MERASAKAN ‘TIDAK MESRA’ KEPADA BARISAN NASIONAL. RAMAI AHLI-AHLI MENINGGALKAN PARTI UNTUK MENYERTAI PEMBANGKANG YANG MULA MENAMPAKKAN ‘BELANGNYA’ DENGAN PELBAGAI JANJI DAN MANIFESTO DILONTARKAN. 
PENDEKATAN BARU 
YIM SEDAR PENDEKATAN BARU PERLU DICARI SELARAS DENGAN HASRAT BARISAN NASIONAL UNTUK MENARIK KEMBALI KEPERCAYAAN PENGUNDI TERUTAMA GOLONGAN MUDA KE PENGKUAN BARISAN NASIONAL. PERTAMA SEKALI, BELIAU TELAH MENGAMBIL RISIKO MENERIMA TAULIAH YANG DIBERIKAN OLEH UNIT PERLARASAN DAN PEMBANGUNAN (ICU) JABATAN PERDANA MENTERI UNTUK DILANTIK SEBAGAI PENYELARAS BARISAN NASIONAL PARLIMEN BAYAN BARU. SEMANGAT UNTUK MENYAHUT CABARAN PERDANA MENTERI BAGI MENYATUKAN SEMULA KEPIMPINAN BARISAN NASIONAL DAN MENYELARASKAN SEMUA DASAR DAN KEHENDAK PARTI TELAH SAYA SEMATKAN DI DADA. 
PERBINCANGAN DENGAN ANGGOTA KELUARGA TERUTAMA ISTERI TERCINTA DAN IBU BAPA DIBUAT SECARA BERMUSYAWARAH WALAUPUN AWALNYA MEREKA TIDAK YAKIN DENGAN BIDANG TERSEBUT. LANGKAH PERTAMA YIM MULAKAN DENGAN BERJUMPA DENGAN SEMUA KEPIMPINAN KOMPONEN BARISAN NASIONAL PARLIMEN BAYAN BARU. SETELAH KESEPAKATAN MELALUI MUSYAWARAH DIBUAT BELIAU TELAH MEMBENTUK PASUKAN PUSAT KHIDMAT DENGAN MEMBUKA PUSAT KHIDMAT PENYELARAS BARISAN NASIONAL PARLIMEN BAYAN BARU DI ALAMAT NO. 55, PERSIARAN MAHSURI 1, SUNWAY TUNAS, 11900 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG YANG BEROPERASI MULAI JAM 10.00 PAGI HINGGA 1.00 TENGAHARI TELAH DIBUKA SETIAP HARI BEKERJA. EMPAT ORANG PETUGAS YANG TERDIRI DARI DUA ORANG AHLI MCA, SEORANG AHLI MIC DAN SEORANG AHLI UMNO TELAH DITUGASKAN UNTUK MEMBANTU DI DALAM KERJA-KERJA KEMASYARAKATAN DI PUSAT KHIDMAT TERSEBUT. SEMUA ELAUN YANG DIBERIKAN KEPADA YIM TELAH BELIAU GUNAKAN UNTUK TUJUAN MEMBERIKAN SUMBANGAN KEPADA PETUGAS-PETUGAS BERKENAAN. KEKADANG KALA WANG GAJI BULANAN SEBAGAI PENSYARAH TELAH BELIAU GUNAKAN UNTUK TUJUAN TERSEBUT.
HAMPIR 98% KAWASAN DI DALAM PARLIMEN BAYAN BARU TELAH BELIAU JENGAH, HAMPIR SETIAP RUMAH PENGUNDI YANG MENGUNDANG ATAU MENJEMPUT TELAH BELIAU SINGGAH, HAMPIR SETIAP JEMPUTAN DAN UNDANGAN TELAH SAYA RAMAH TAMAH. PERUNTUKKAN KERAJAAN PUSAT YANG DISALURKAN MELALUI SAYA TELAH DIAGIHKAN MENGIKUT KUOTA YANG DIJANJIKAN. TIDAK KETINGGALAN MANA-MANA KELUARGA MISKIN DAN DAIF DISAMPAIKAN ATAU DIMAKLUMI AKAN BELIAU DAN PASUKAN LAYANI. HINGGA KINI SETIAP PELUSUK KAMPONG, DESA, LORONG DAN RUMAH PANGSA TELAH PASUKAN PUSAT KHIDMAT TEROKAI. PELBAGAI ARAL, RINTANGAN DAN CABARAN TELAH MEREKA HARUNGI. SETIAP SOKONGAN, UCAPAN TAHNIAH DAN PENGHARGAAN DIHUJANI, DISAMPING CEMUHAN, UGUTAN DAN MAKI HAMUN YANG DILEMPARKAN, MEREKA TELAN BERSAMA DENGAN HASRAT DAPAT DIJADIKAN BEKAL SEMANGAT UNTUK TERUS BERJUANG. REKOD PERKHIDMATAN TELAH BELIAU UTUSKAN KEPADA PUCUK PIMPINAN SETIAP MINGGU, BULAN DAN TAHUN SEBAGAI MAKLUMAN. 
ARUS PERMODENAN MEDIA BARU YIM PRAKTIKAN MENGAMBIL CONTOH YAB PERDANA MENTERI DI DALAM MERAPATKAN GOLONGAN MUDA KEPADA BARISAN NASIONAL. HASILNYA SETELAH TIGA TAHUN BERTUNGKUS LUMUS PARLIMEN BAYAN BARU YANG ‘BERARAK MENDUNG’ KEMBALI TENANG DAN CERAH KEPANGKUAN BARISAN NASIONAL. 
PERGOLAKAN DALAM PKR 
PADA 12 FEBRUARI 2012, PERGOLAKAN DALAM PEMBANGKANG MENYEBABKAN AHLI PARLIMEN BAYAN BARU BERTINDAK KELUAR PARTI DAN MENGANGGOTAI KONSESUS BEBAS MESRA BARISAN NASIONAL. PARLIMEN BAYAN BARU TELAH MENDAPAT KEPERCAYAAN PUCUK PIMPINAN UNTUK KEMBALI DITAWAN OLEH BARISAN NASIONAL. 
SEKALI LAGI EPISOD BARU BERMULA, DIMANA PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG DAHULUNYA MEMINGGIRKAN PARTI MULA KEMBALI BERPAUT DAN MENGUNAKAN SEGALA PENGARUH SERTA DAYA UPAYA UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN SEBAGAI KETUA. TIDAK TERKECUALI IANYA BERLAKU KEPADA MCA BAYAN BARU YANG MENDAPAT KEPIMPINAN SEDEMIKIAN. ASALNYA MEREKA ADALAH RAKAN DAN KAWAN MESRA PEMBANGKANG KEMBALI MENGAMBIL KEPIMPINAN BAHAGIAN.
DAVID YIM MENJADI ANCAMAN KEPADA VETERAN MCA
ALANGKAH TEPERAJATNYA , PADA AWAL OKTOBER 2011. DAVID YIM TELAH DIFITNAHKAN OLEH KEPIMPINAN PARTI MCA BAYAN BARU YANG BERHASRAT MENGGUGURKAN BELIAU SEBAGAI PENYELARAS BAGI DIGANTIKAN DENGAN CALON YANG MENDAPAT SOKONGAN MEREKA. MEREKA MENGUNAKAN SEDAYA UPAYA DAN PENGARUH DIPERINGKAT NEGERI SERTA PUSAT UNTUK MEMINGGIRKAN YIM AGAR TIDAK TERUS DIBERIKAN KEPERCAYAAN SEHINGGA DIPILIH SEBAGAI CALON PILIHANRAYA NANTI. WALAU PUN BANTAHAN DARI AKAR UMBI DIBUAT, PUCUK PIMPINAN MCA YANG MASIH GOYAH AKIBAT DARI PERGOLAKAN DALAM PARTI TELAH MENURUT SEGARA HASRAT MCA BAYAN BARU. MAKA BERJAYALAH SEGALA CITA-CITA KEPIMPINAN MCA BAHAGIAN BAYAN BARU ‘MENCATAS’ DAN ’MERANAPKAN’ SEGALA USAHA DAN JERIH PERIH YANG TELAH SAYA BANGUNKAN SEJAK TIGA TAHUN LALU. 
BETUL KATA PERPATAH ‘KU SANGKAKAN PANAS HINGGA KE PETANG RUPANYA HUJAN DITENGAHARI’. PELBAGAI TINDAKAN TELAH DIKENAKAN KEPADA BELIAU DARI PENAMATAN SEBAGAI PENYELARAS PARLIMEN HINGGA PEMBUANGAN KERJA TELAH DIKENAKAN TERHADAPNYA. BELIAU KEHILANGAN MATA PENCARIAN UNTUK MENYARA KELUARGA. PETUGAS PUSAT KHIDMAT TELAH DIMINTA UNTUK TIDAK BERTUGAS BERIKUTAN SUMBANGAN TIDAK LAGI DAPAT DIBERIKAN. UGUTAN DEMI UGUTUAN KEPADA BELIAU DAN KELUARGA TELAH DIBUAT OLEH MEREKA YANG TIDAK DIKENALI TERMASUK PIHAK RAKAN MAHU PUN LAWAN.YIM JUGA PERNAH DIUGUT OLEH PEMIMPIN SENDIRI SUPAYA TAK BOLEH AKTIF DI KAWASA BAYAN BARU. ANGGOTA KELUARGA MULA ‘CUAK’ DAN KURANG SELESA MENASIHATKAN BELIAU SUPAYA MENARIK DIRI UNTUK TIDAK MENERUSKAN HASRAT TERSEBUT. KADANG KALA IBU BAPA BELIAU TERPAKSA SENYAP SENYAP MENGIKUT BELIAU DARI BELAKANG ATAS KERISAUAN KESELAMATAN SAYA.
'LIGHT AT THE END OF THE TUNNEL' 
AKHIRNYA ADA JUGA RAKAN ANGOTA BARISAN NASIONAL YANG BERSIMPATI TELAH MANAWARKAN REZEKI DI BARISAN NASIONAL NEGERI PULAU PINANG. SETELAH BERUNDING SEMULA DENGAN KELUARGA TERSAYANG, BELIAU MENERUSKAN KEMBALI PERKHIDMATAN UNTUK MEMBANTU BARISAN NASIONAL BERJAYA MENAWAN KEMBALI PULAU PINANG. 
KESIMPULANNYA, YIM AMAT BERHARAP PUCUK PIMPINAN PARTI BARISAN NASIONAL PUSAT DAN NEGERI SEWAJIBNYA MEMBERIKAN PERHATIAN SERIUS DAN PENGAMATAN YANG JITU BERHUBUNG SETIAP TINDAK TANDUK KEPIMPINAN BERMUSIM. WALAU PUN KINI MEREKA MENDAPAT KEPERCAYAAN DARI AHLI-AHLI TETAPI MEREKA ‘OPPORTUNIS’ KADANGKALA MERUPAKAN PEMIMPIN ‘LOMPAT KATAK’. SETELAH PENAT LELAH YIM MEMBANTING TULANG, MEREKA KETIKA ITU ADALAH RACUN PEMUSNAH, KINI HAMPIR YIM DAN PASUKAN MENUAI HASIL MEREKA KEMBALI SEBAGAI ‘LINTAH DARAT’. JIKA DIBIARKAN SEDEMIKIAN, KEMUNGKINAN HASIL TUAIAN NANTI AKAN MUSNAH DAN DILAKNATI TUHAN YANG SATU. MAKA KETIKA ITULAH JIKA BARU KITA SEDAR DARI TERANTUK, NASI SUDAH MENJADI BUBUR. 

OLEH YANG DEMIKIAN, PENULIS BERHARAP RAKAN-RAKAN KEPIMPINAN BARISAN NASIONAL, SUPAYA JANGAN SALAH TERPILIH CALON PRU.13 TERUTAMA BAGI PARLIMEN BAYAN BARU, SEMATA-MATA UNTUK MENDAPAT SOKONGAN DALAM KEDUDUKAN PARTI TETAPI MENGABAIKAN PEMIMPIN YANG DAPAT DITERIMA RAKYAT. JIKA KITA MASIH MENGULANGAI KESILAPAN PRU 12 DAHULU DAN TIDAK MAHU MENERIMA TRANSFOMASI YANG DIPELOPORI OLEH YAB PERDANA MENTERI MAKA JANGANLAH NANTI ‘PISANG BERBUAH DUA KALI’ BARULAH NANTI ‘ SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA’.
PENULIS BERHARAP PUCUK PIMPINAN MCA AKAN MEMANDANG SERIUS HAL INI JIKA INGIN MENANG PRU13 NANTI!!
Apa pendapat blogger lain mengeni David Yim ?
Baca disini dan disini

0 comments:

Post a Comment