Monday, September 23, 2013

'Naikkan Harga Gula' - Cadangan Saya Kepada DS @kvssubra

Terkedu penulis membaca artikel di laman FB yang melaporkan bahawa kerajaan hari ini disaran mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.



Memang penulis sedar akan hakikat bahawa Menteri-Menteri kita hebat dalam menangangi sesuatu isu..
Persoalannya apakah para Menteri tidak akan terfikir akan implikasi kenyataan-kenyataan sebegini?

Naikkan Harga Gula


Baca statement ini : 

Seramai 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada kira-kira 28 juta penduduk negara ini menghidap penyakit kencing manis atau diabetes ekoran pengambilan gula dalam makanan dan minuman secara berlebihan.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, jumlah itu tidak termasuk anggaran dua juta lagi rakyat yang enggan membuat pemeriksaan kesihatan di hospital dan klinik kerajaan untuk mengesahkan keadaan kesihatan mereka.
"Kencing manis menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang terlibat akan mengalami masalah penglihatan, penyakit buah pinggang dan penyakit lain berkaitan dengan gaya hidup.
"Terdapat 16,000 pesakit buah pinggang kini menunggu mendapatkan pemindahan organ daripada penderma yang purata hanya antara 40 hingga 50 orang menderma organ itu setiap tahun," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Kesedaran Diabetes dan Gaya Hidup Sihat Kawasan Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Buloh Kasap, dekat sini hari ini.
Justeru, beliau mencadangkan kerajaan merasionalisasikan subsidi gula sebagai langkah mengurangkan penggunaan bahan itu dalam usaha membendung peningkatan penghidap diabetes yang semakin meningkat setiap tahun.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Segamat berkata, pengurangan subsidi harga gula boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat sehingga rakyat bersedia untuk mengurangkan penggunaan gula dalam kehidupan harian mereka.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130923/dn_19/26-juta-hidap-kencing-manis---Subramaniam#ixzz2fgzDbdhb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

FAST FACT :
  • 15 % (2.6 Juta) dari seluruh 28 Juta rakyat Malaysia menghidap diabetes.
  • 2 Juta lagi rakyat yang enggan membuat pemeriksaan kesihatan di hospital dan klinik kerajaan untuk mengesahkan keadaan kesihatan mereka 
  •  16,000 pesakit buah pinggang kini menunggu mendapatkan pemindahan organ daripada penderma yang purata hanya antara 40 hingga 50 orang menderma organ itu setiap tahun
  • Ini bermaksud ia akan mengambil anggaran 320 Tahun untuk kesemua daripada mereka menerima rawatan. Angka ini tidak termasuk jumlah pesakit baru .

    Baca lebih banyak fakta yang menakutkan di laman Persatuan Diabetes Malaysia


Pelbagai inisiatif diambil ,banyak kempen kesedaran dibuat namun kesemuanya sudah semestinya tunduk kepada segelas TEH TARIK.

Jadi rasional disebalik pengurangan subsidi gula kemungkinan bukan yang terbaik..tetapi melihat akan hakikat bahawa ramai rakyat Malaysia sedang mati kerana manis, maka penulis rasa penggurangan subsidi gula akan banyak membantu.

Kenyataan yang betul

Melihat kepada cara pemikiran rakyat Malaysia yang hanya tertumpu kepada satu hala dan tiada pemikiran 'out of the box', penulis rasa YB Menteri Kesihatan melakukan kesilapan dalam membuat kenyataan tersebut.

Apa kata daripada kurangkan subsidi gula (atau dengan maksud lain 'naikkan harga gula') Kementerian Kesihatan naikkan kos rawatan untuk pesakit baru diabetes (mungkin dua tahun dari sekarang) atas mana-mana sakit yang berpunca daripada manisan. Macam mana? Masa bayar RM1 , tak rasa sangat...biar mereka bayar lebih untuk rawatan. Bukankah ini satu 'approach' yang berbeza , YB Menteri ? Hahaha..Jika pengurangan subsidi bebankan semua rakyat Malaysia..maka kenaikkan kos rawatan akan memberi kesedaran bahawa 'gula' akan membawa kepahitan kepada individu tertentu.

Sedarkan mereka bahawa

MENCEGAH LEBIH MURAH DARIPADA MERAWAT

Yang Menjalankan Tugas,

PENULIS

6 comments:

  1. Setuju.. patut naikkan kos rawatan!

    ReplyDelete
  2. Raj kumar RevichandarSeptember 23, 2013 at 7:51 AM

    Nice one bro..

    ReplyDelete
  3. MENCEGAH LEBIH MURAH DARIPADA MERAWAT - setuju sangat!

    ReplyDelete
  4. Thanku for sharingf brather.

    ReplyDelete
  5. Naikan kos rawatan untuk daibetis sahaja..baru diorg tau ...jgn naikkan harga gula...nanti org tak ada diabetis pun susah... cadangan baik boss

    ReplyDelete