Kehadiran Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak pada sambutan Hari Thaipusam di Batu Caves masih terus dipolitikkan oleh ulamak-ulamak ektremis dari PAS walaupun ianya hampir seminggu. PAS terus mencari publisiti murahan dengan mempertikaikan tindakan DS Najib menghadiri majlis sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves pada 7 Februari lalu dengan lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda sambil ditemani isterinya DS Rosmah Mansor.
Persoalan yang timbul :
Adakah benar DS Najib masuk ke kuil?
Ini adalah gambar dimana YAB Perdana Menteri berada semasa memberi ucapan beliau(diperolehi dari sumber).
Bagi menjawab soalan ini,untuk mendapat kepastian dan demi kebenaran penulis berkunjung ke Batu Caves semalam. Sempat penulis mengambil beberapa gambar. Dimana ianya terletak? Penulis sempat mengambil gambar menggunakan mode 'panorama' yg jelas menunjukkan jarak dari kuil.
Gambar dibawa pula dari perkarangan kuil yang paling dekat.
Salahkah berada di perkarangan kuil?Beliau berada di ' Exhibition Hall ' sahaja..tak masuk kuil pun..itu pun nak bising?
Habis tu Adun PAS yang masuk DALAM kuil ,PAS tak bising pun?
YB Dr. Haji Abdul Rani bin Osman adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bagi DUN N42 Meru, Selangor
Berada 100meter jauh dari kuil ,SALAH..tapi berada didalam kuil ,TAK APA? PAS memang BODOH!
Ini cetakan skrin salah tweet seorang rakan Twitter (seorang Muslim) mengenai isu ini.
Well said..
Pemimpin India Pakatan marah?
Juga ingin penulis menyentuh isu kritikkan beberapa pemimpin India dari Pakatan Pembangkang yang kononnya tidak mahu politik dibawa masuk ke dalam kuil.
Ingat!! PM datang ke Thaipusam selaku Ketua Kerajaan bukannya mewakili parti politik atau sebagai ahli politik. Beliau dijemput jawatankuasa kuil tersebut sebagai tanda berterima kasih kepada kerajaan yang banyak menolong kuil yang menjadi kebanggaan seluruh penganut Hindu.
Kepada semua pemimpin India yang bongok, lihat gambar dibawah :
SEBELUM BERSIHKAN KUIL DARI POLITIK , BERSIHKAN DARI SAMPAH!!