Apabila Perdana Menteri kita keluar 'All Out' untuk mempromosikan 1 Malaysia , pemimpin-pemimpin lain dari pembangkang pula meniru gaya yang sama dengan mempromosikan slogan-slogan dan cogan kata lapuk mereka. Yang menarik perhatian penulis adalah , cara Ketua Menteri Pulau Pinang mempromosikan perhimpunan haram yang didalangi pauk pembangkang , Bersih 2.0 ..
Ketua Menteri , YAB Tuan Lim Guan Eng yang sebelum ini tidak berpakaian kuning ,kini kerap memakai warna itu ke kebanyakkan majlis yang dihadirinya. Perkara ini berlaku sejak Julai 2011 dan sebelum tarikh itu beliau tidak pernah berpakaian kuning.. pelik bukan?
Kesemua gambar-gambar diatas dicetak dari laman Facebook Ketua Menteri Pulau Pinang.
Ini jelas menunjukkan Pemimpin Pakatan Rakyat bukannya minat terhadap keamanan dan keharmonian tetapi lebih kepada keadaan huru-hara dan tegang.
Pada masa yang sama, YAB Datuk Seri Najib Razak mempromosikan '1 Malaysia' seantero dunia.
Dua pemimpin, Dua teladan
Masuk ke hutan pokok balak,Fikir-fikirkanlah....
dalam destinasi menuju ke kota,
Budaya Kuning patut ditolak,
1Malaysia aspirasi kita!





















