Sunday, October 2, 2011

Gempar! ISA : DS Najib mungkir janji, YB Manoharan ditahan!

Khamis September 15, 2011 - YAB Perdana Menteri mengumumkan  penghapusan akta isa tadi ketika beliau bagi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di semua saluran tv .

27. Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.

28. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.
-mkini-
YAB Perdana Menteri menunaikan janji beliau untuk memansuhkan ISA ini yang dijanji semasa beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009 . In jelas menunjukkan ,Pemimpi berjiwa rakyat ini berpegang pada kata dan faham akan kehendak rakyat.

Apa yang menjadi perhatian penulis adalah gambar dibawah :



Cara berpolitik YB Manoharan Malayalam , Adun  Kota Alam Shah untuk menagih simpati melalui cara sebegini. Rasa-rasanya sudah tiba masa untuk beliau untuk menurunkan semua papan Anti-ISA disekitar DUN Kota Alam Shah kerana ISA tidak lagi relevan dan akan diguna pakai.

Persoalanya, BILA

Cepat YB..nanti kena gantung 6 lagi lagi..


0 comments:

Post a Comment