Wednesday, October 30, 2013

Cadangan : Menu Alternatif 'Minuman Tanpa Gula' @kvssubra @MYConsumer @najibrazak

Kerajaan telah umumkan pemotongan subsidi atau dengan nama lain 'zero subsidi' untuk gula Jumaat lepas dalam Bajet 2014 yang berkuatkuasa serta-merta.

perbualan di 'Car Wash' 
Pengguna  : Bro, berapa caj cuci keta kat sini?
Pekerja : RM5.50 bro.
Pengguna  : Aik, minggu lepas RM5.00 je?
Pekerja : Ala bro, harga gula dah naik bro,nak buat macam mana?


Perbualan diatas walaupun berbunyi aneh dan lawak namun pada hakikatnya ramai peniaga/pengusaha dari pelbagai sektor/industri mengambil kesempatan atas pemotongan subsidi gula. Tak hairan jika lebih ramai lagi peniaga/penguasa yang tidak terjejas daripada kenaikan gula atau perniagaan yang tidak kena-mengena dengan gula tetap mengambil peluang untuk mengaut untung lebih.

 Penulis setuju dan sokong pemotongan subsidi ini (kenapa? Baca disini) namun begitu, penulis sangat berharap pihak kerajaan akan memantau agar perkara seperti di atas tidak berlaku.

Seperti yang kita semua tahu, harga minumam di gerai mahupun warong sudah pun dinaikkan 30sen. Walaupun dengan logik , kenaikkan 30sen segelas minuman(bergula) bukan justifikasi yang betul bagi pemotongan subsidi 0.36sen namun Rakyat tidak dapat berbuat apa-apa.


Teh Tarik                                    : RM1.50-RM1.80
Teh Tarik Kurang Manis             : RM1.50-RM1.80
Teh Tarik Kurang Kurang Manis : RM1.50-RM1.80

Harga tidak berubah walaupun pengurangan gula berkurangan. Ini bermaksud  Rakyat tetap dianaiyai segelintir peniaga yang hanya mahu mengaut keuntungan.

Penulis ingin mencadangankan agar Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan membela nasib Rakyat dengan memperkenalkan menu alternatif  'Tanpa Gula' yang akan memberi peluang untuk pengguna memilih minumam tanpa guna dengan harga yang lebih murah dan berpatutan. Sebagai contoh :

Teh Tarik                                      : RM1.50-RM1.80
Teh Tarik Tanpa Gula                  : RM1.00-RM1.30

Dengan ini, Rakyat dapat membuat pilihan dan harga yang dipamerkan adalah lebih adil . Ia juga dapat memberi kepercayaan kepada Rakyat bahawa Kerajaan benar-benar ikhlas dengan objektif pemotongan subsidi gula.


Semoga nasib Rakyat dibela pemimpin ,

PENULIS


0 comments:

Post a Comment