Sunday, May 12, 2013

@Gpalanivel Harus Bertanggungjawab Akan Prestasi Buruk Calon MIC Pada #PRU13


2 hari lepas Free Malaysia Today melaporkan bahawa Presiden MIC harus bertanggungjawab akan prestasi buruk calon MIC pada Pilihanraya Umum yang ke 13. Bukan itu sahaja, faktor menolakan calon MIC adalah disebabkan oleh pengundi Bandar kata Dr. Denison Jayasooria dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga bekas pengarah Yayasan Strategik Sosial MIC.

Pendapat saya agak berlainan dengan Dr. Denison. Senario dan lanskap politik Malaysia telah mencapai tahap kematangannya. Begitu juga dengan pengundi India. Kini Masyarakat Indian sudah mula pandai meneliti wakil rakyat yang mampu bersuara demi mereka. Dari sudut pandangan MIC, saya beranggapan terdapat peningkatkan sokongan terhadap MIC dimana pada PRU 2008 MIC hanya memenangi 3 daripada 7 Kerusi Parlimen (Tapah,Cameron Highlands, Segamat) manakala pada 2010, Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor Kerusi Parlimen terbabit dapat dirampas balik oleh Calon MIC iaitu YB.P.Kamalanathan. Kini pada PRU13 Keempat – empat kerusi Parlimen itu dapat dipertahankan manakala Kerusi DUN juga berkekal iaitu Tenggaroh, Gadek, Gambir, Kahang dan Jeram Padang. DUN Sabai kalah disebabkan faktor calon dan Puteri Wangsa merupakan Kerusi baru kepada MIC.
Dr. Denison yang pernah penjadi pengarah Yayasan Strategik Sosial MIC dimana kumpulan Think Tank group MIC beroperasi untuk menjana idea idea baru bagi membantu MIC. Saya percaya beliau juga tahu terdapat faktor faktor luaran lain seperti kekuatan pembangkang dalam menfitnah dan menuduh membuta tuli dan kaedah penyebaran maklumat pembangkang yang dilihat mampu memanipulasi persepsi pengundi.
Maka saya beranggapkan kepimpinan MIC bukan faktor utama dalam kekalahan ini, terdapat beberapa kelemahan lain yang menyebabkan kekalahan kerusi ini. Jika dilihat dalam konteks Barisan Nasional, Calon MIC tidak pernah bertanding dengan Logo MIC dalam mana – mana Pilihan Raya. MIC bersatu teguh dengan barisan parti komponen yang lain seperti UMNO,MCA,Gerakan,PPP dan sebagainya. Dan Impak dari Tsunami Politik ini memberi kesan untuk semua parti komponen BN. Seperti mana Dato Saravanan katakan, Keadaan Politik Malaysia jauh berbeza dengan PRU yang sebelumnya.Juga tambahnya Parti MIC memerlukan “input” yang bernas bagi membantu MIC bertambah kukuh.
Berbanggalah dengan prestasi MIC tidak seburuk mana jika dibandingkan dengan beberapa parti komponen BN yang kalah semua kerusi yang diperuntukkan kepada mereka. Kini tugas utama untuk MIC adalah untuk mencari formula baru untuk mentransformasi parti tersebut untuk menjadi satu parti yang mewakili masyarakat india dengan suara lebih “Vocal” dan “Demanding”. Formula baru ini harus menjurus peningkatkan penyokong dan undian dari masyarakat india pada PRU yang akan datang.
(dipetik dari blog Shizone)

0 comments:

Post a Comment