Kaum India pernah memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada Hindraf. Hero-hero Hindraf di'puja' atas keberanian mereka. Beribu-ribu rakyat sanggup bermandi peluh untuk mendengar ucapan pemimpin-pemimpin Hindraf. Slogan
Makkal Sakthi menjadi mantera diantara pemuda-pemudi India yang bangkit menentang ketidakseimbangan politik.
Tidak lupa, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengambil langkah awal mendapatkan sokongan pemimpin-pemimpin HINDRAF.
Pada Disember 13 2007 , lima pemimpin HINDRAF ditahan dibawah akta ISA . P.Wathya Moorthy ,salah seorang pengasas HINDRAF , berjaya melarikan diri ke London pada
26 November 2007 bagi mengelak dirinya daripada ditahan mengikut sumber.
Ini membawa kepada kekalahan besar Barisan Nasional di PRU-12 dengan hampir 88% undi kaum India jatuh ke peti undi pembangkang. HINDRAF pula diistiharkan sebagai pergerakkan yang haram dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai penyelamat kaum India, dimana kaum minoriti ini memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pembangkang.